Selasa, 28 Februari 2012

Insiden keganasan: Puteri, Wanita Umno membisu

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Perbuatan samseng Umno terhadap Nurul Izzah membuktikan pimpinan Umno tidak menghormati wanita lantaran meraka sudah buta moral, kata Timbalan Ketua Srikandi KEADILAN, Juwairiya Zulkifli.

“Mereka tidak menunjukkan sensitiviti dan rasa hormat terhadap golongan wanita walaupun dalam majlis orang lain. Tindakan tidak berakhlak ini menjadi budaya di setiap peringkat dan sayap Umno,” katanya kepada Keadilandaily, hari ini.

Juwairiya turut mempersoal Pergerakan Wanita dan Puteri Umno yang membisu dan tidak mengambil sebarang tindakan atau bantahan terhadap isu berkenaan.

“Jika benar memperjuang nasib golongan wanita, mereka harus ambil tindakan tegas, sekurang-kurangnya beri teguran kepada samseng-samseng itu,” katanya.

Beliau juga kesal kerana budaya samseng ini direstui dan tidak menjadi kesalahan di kalangan pemimpin Umno sekalipun perbuatan sedemikian, tidak bertamadun.

Dalam ceramah di Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang kelmarin, seorang samseng Umno mengacu penumbuk, beberapa inci sahaja dari wajah Nurul Izzah, sebelum sempat dihalang penyokong Pakatan.

Ini hanya satu episod daripada siri serangan samseng Umno terhadap pemimpin Pakatan semasa program ceramah Pakatan Rakyat.

Semalam, sekumpulan samseng Umno naik ke pentas ketika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang memberi ucapan sempena Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota, Pulau Pinang.

Minggu lalu, kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu dalam ceramah di parlimen Sembrong, menyebabkan cerminnya retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK ) Johor, Mohd Nazri Ismail cedera ketika cuba menghalang samseng upahan Umno dari menghampiri Ketua Pembangkang.

Tiada ulasan: