Isnin, 27 Februari 2012

Budaya samseng Umno ulangan kezaliman regim Hosni Mubarak

Aedi Asri

KUALA LUMPUR: Perbuatan samseng Umno kian melampau apabila menghala serangan mereka terhadap pimpin Pakatan Rakyat dengan sengaja, kata Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

“Akibat gagal berhujah, mereka menggunakan cara’desperado’ ini untuk menyekat kemaraan kita”, katanya kepada KeadilanDaily, hari ini

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan perbuatan sedemikian menjadi amalan regim diktator yang kian hilang sokongan.

“Ini cara yang sering digunakan rejim penindas. Sebelum kejatuhan rejim Hosni Mubarak, pihak berkuasa Mesir juga menggunakan cara sama,” katanya.


Badrul Hisham percaya perbuatan liar samseng upahan Umno ini membuktikan Umno BN semakin terdesak menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Kita perlu faham, kali ini adalah pilihan raya pertama dalam sejarah yang menyaksikan Umno tidak dapat memastikan kemenangan ekoran suasana politik sudah berubah. Keadaan jadi lebih teruk berikutan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir,” katanya.

Kebelakangan ini, program Pakatan Rakyat sering diganggu samseng upahan Umno BN tetapi kelakuan mereka dibiarkan polis sekalipun menyebabkan kecederaan di kalangan penyokong Pakatan.

Malam semalam, di satu program ceramah Pakatan di Gambang, Pahang, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dihambur kata-kata kesat dan seorang samseng mengacu penumbuk beberapa inci dari wajahnya.

Terdahulu, pada hari sama, sekumpulan samseng menyerbu pentas ketika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berucap semasa Himpunan Hijau 2.0 di Speaker’s Corner, Padang Kota, Pulau Pinang.

Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohd Nazri Ismail cedera di tangan dan bajunya koyak ketika menghalang samseng yang cuba mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham percaya perbuatan sedemikian bukan dibuat atas kehendak penyokong Umno sebaliknya pemimpin tertinggi parti pemerintah membuat arahan itu.

“Seperti insiden di Jalan Kebun, kita ada bukti gambar yang menunjukkan ketua samseng yang membuat kacau berjumpa dengan pemimpin Umno,” katanya.

Tiada ulasan: