Rabu, 29 Februari 2012

PERKASA nafi cetus kekecohan di Pulau Pinang


MALAYSIA KINI

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Pulau Pinang hari ini menafikan anggotanya telah mencetuskan kekecohan yang mengakibatkan dua petugas media cedera pada Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota di George Town Ahad lepas.

adam chew kwong wah jit poh journalist fracas in penang himpunan hijau rally kickKetua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata anggota PERKASA berada di situ hanya untuk meninjau keadaan tetapi ada pihak yang membuat provokasi terhadap mereka sebaik Ketua Menteri Lim Guan Eng tiba.

"Kejadian berlaku apabila salah seorang wartawan berkenaan yang mengiringi Ketua Menteri sejak ketibaannya sehingga beliau habis berucap telah mengasari salah seorang anggota PERKASA.

"Keadaan menjadi kelam kabut dan berlaku pergelutan dan saya tegaskan bahawa pergelutan itu bukanlah berpunca dari anggota kami," katanya pada sidang akhbar di George Town hari ini.

NONEBeliau berkata bukti kenyataannya boleh dilihat dalam rakaman video yang telah dimuat turun dalam laman sosial YouTube.

Mohd Rizuad berkata PERKASA kesal dengan tuduhan pihak tertentu kononnya anggota pertubuhan itu telah mencetuskan pergaduhan dan mengasari dua wartawan.

"Tetapi apa yang pelik, mengapa dia (wartawan) bertindak sebagai pengiring ketua menteri dan bersikap agresif terhadap kumpulan kami," katanya.

Beliau turut menafikan kumpulan motosikal yang turut berada di situ pada hari berkenaan adalah anggota PERKASA.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, wartawan dan jurugambar akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh, Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di badan dan kepala setelah dipercayai dipukul oleh beberapa orang pada perhimpunan itu yang diadakan bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang. Ia disertai hampir 1,000 orang. Bernama

Tiada ulasan: