Khamis, 2 Februari 2012

Panas: Ramai Kecewa, Pemimpin UMNO Tawar Lot Tanah Untuk Pancing Undi Kaum Cina PRU-13 Ini

PAHANG DAILY


KUANTAN,
- Orang ramai di sekitar kawasan Jaya Gading dekat sini terkejut dengan tindakan seorang pemimpin UMNO Bahagian Paya Besar yang menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan memproses serta meluluskan serta merta permohonan tanah yang dibuat oleh penduduk berbangsa Cina di kawasan itu.

Laporan yang kami terima, tanah yang didakwa itu terletak di sebelah belakang Balai Polis Jaya Gading yang masih belum beroperasi sehingga ke hari ini. Difahamkan, pemimpin terbabit yang dulunya merupakan bekas ADUN kini sedang mengintai untuk bertanding kembali di kawasannya itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini.

Susulan daripada itu, beliau kini sedang melobi dan cuba menagih undi masyarakat kaum Cina agar menyokongnya. Ini berikutan, senario terkini melihat hampir 90% kaum Cina di Kuantan akan menolak BN gara-gara gagal membantu mereka dalam isu pembinaan kilang memproses rare-earth milik Lynas Corporation di Gebeng.

Akibat daripada itulah, pemimpin UMNO terbabit sanggup "merasuah" pengundi dengan menawarkan lot-lot tanah kepada mereka. Tindakan ini mendapat bantahan daripada ramai orang Melayu yang sudah berpuluh tahun memohon tanah selama ini. Nasib mereka diabaikan, sebaliknya dek kerana undi pemimpin terbabit sanggup berbuat demikian.

Ini adalah tidak adil untuk rakyat. Malah, ramai dikalangan mereka termasuk ahli UMNO sendiri berjanji akan mengajar pemimpin terbabit andainya beliau menjadi calon BN pada PRU-13 ini nanti. Apapun, semua ini adalah bukti UMNO tidak serius untuk membela orang Melayu sebaliknya lebih rela bela kaum lain demi undi.

[Kami akan menghantar beberapa orang krew untuk memantau isu ini. Jika benar dakwaan yang dinyatakan maka kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan gambar pemimpin terbabit.

Kasihan benar kepada orang-orang Melayu terutamanya dari UMNO yang sudah berpuluh tahun memohon tanah di kawasan terbabit tapi hingga ke hari ini masih belum diberi layanan setimpal oleh pemimpin UMNO setempat.

Kini mereka lebih berselera untuk menjaga kaum lain demi mendapatkan undi pada pilihanraya umum akan datang. Tindakan ini adalah tidak wajar dan jika benar UMNO membela nasib orang Melayu, kenapa mereka tidak dibela?.

Demi undi mereka tergamak mengadaikan maruah bangsa sendiri. Apakah ini perjuangan UMNO yang mahu diagung-agungkan itu agaknya. Kami akan membongkarkan isu ini demi keadilan kepada orang-orang Melayu yang amat memerlukan tanah itu. Lakukan perubahan pada PRU-13 nanti].


Tiada ulasan: