MALAYSIA KINI
Parti Progresif Penduduk (PPP) berharap Barisan Nasional (BN) akan memperuntukkan sekurang-kurangnya dua kerusi kepada parti itu di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff berkata ia berdasarkan kepada pengaruh parti komponen BN itu di Kelantan yang berpotensi untuk menang di beberapa kawasan tertentu.
"Saya yakin BN di Kelantan terutamanya akan berlaku adil kepada semua parti komponen BN termasuk PPP yang kini bekerja keras bagi memastikan BN menang di Kelantan menewaskan PAS.
"PPP amat berharapkan sekurang-kurangnya ada kerusi di Kelantan dan saya yakin ada beberapa kawasan seperti di Kuala Krai yang berpotensi untuk PPP menang," katanya kepada di Kota Bharu, hari ini.
Nik Sapeia yang juga Pengerusi PPP Kelantan berkata pilihan raya kali ini merupakan medan terbaik buat BN untuk memenangi semula Kelantan asalkan semua pihak bersatu padu.
Beliau berkata BN Kelantan yang kini diterajui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed kini berjaya memulih keyakinan rakyat negeri ini memilih semula BN.
Nik Sapeia juga meminta agar Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum nanti dan mencontohi beberapa pemimpin lain yang telah lama berbuat demikian. Bernama

1 ulasan:
Bagi 10 kerusi pun sepulu2 kerusi hilang wang pertaruhan.
Catat Ulasan