HALANGAN demi halangan yang dialami USNO untuk didaftarkan sebagai sebuah Parti Politik; termasuk penolakan pendaftarannya sebagai NGO sebelum ini membuatkan ada aura-ura yang bertiup kencang bahawa USNO akan bergabung dengan Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USNO) yang baru diterima sebagai Ahli Gabungan Barisan Nasional.
Menurut maklumat dalaman parti yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan, jika mereka gagal mendaftarkan USNO setelah menemui TYT Sabah dan DYMM Yang Di Pertuan Agong, ramai ahli akan berhijrah secara beramai-ramai ke dalam USBO bagi memperkasa perjuangan rakyat Sabah.
Bagaimanapun Presiden Penaja USNO, Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan khabar berkenaan; terutama melestarikan Pelan B jika USNO gagal didaftarkan sebagai pertubuhan politik yang sah.
Manakala Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima undangan dan permohonan pelbagai pihak termasuk NGO dan ahli Parti Politik untuk menyertai USBO setelah Majlis Tertinggi BN sebulat suara meluluskan Keahlian USBO sebagai Ahli Gabungan BN.
“Kita buka pintu kepada semua rakyat Sabah; bukan sahaja kepada kaum Bajau Asli, malah kepada salah seorang ibu bapa mereka daripada rumpun Bajau; malah kepada sesiapa juga yang prihatin dengan perjuangan dan aspirasi masyarakat Bajau. Keahlian USBO kini terbuka,” kata Salleh yang turut mengalu-alukan ahli USNO menyertai USBO.
Buat masa ini kata Salleh, USBO kekal sebagai NGO melainkan majoriti ahli bersetuju USBO aktif sebagai Parti Politik, terutama setelah diterima sebagai Ahli Gabungan BN.
Khamis, 18 Ogos 2011
USNO Bergabung Dengan USBO?
Oleh: FADLI AHMAD (sabahkini)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
29 ulasan:
Bagus jugalah kalau USNO dan USBO boleh bergabung.
Tidak kira bagaimanapun, kita harap mereka akan terus berjuang demi rakyat.
ini terpulang kepada mereka sendiri samaada ingin bergabung..
apa pun tunggu dan lihat sajalah mengenai perkembangannya nanti.
benarkah mereka akan bergabung? kita tnggu kata putus dari kedua belah pihak.
kenapa USNO ni tak lulus2 untuk jadi badan NGO atau parti politik?
kalau pendaftaran USNO tetap tidak diluluskan, masih banyak lagi parti2 tempatan lain yang boleh mereka sertai. yang penting perjuangan untuk hak2 dan kepentingan rakyat Sabah tetap diteruskan.
rasanya tidak ada masalah mereka bergabung, pastinya BN akan menerima USNO, hanya masa yang menentukannya
bukan Najib baru2 ini ada mengatakan bahawa BN masih membuka permohonan kepada mana-mana pertubuhan yang ingin bergabung dengan BN? jadi, USNO patut mengambil peluang ini..
dengan gabungan ini, BN pasti lebih kukuh lagi.
ya, harap komponen BN akan kukuh untuk mengharungi PRU-13 akan datang
jika gabungan ini tercapai, semoga kepentingan suku bajau, irranun dan suluk lebih terjamin lagi di bawah pimpinan USBO/USNO
BN makin kukuh di sabah dengan adanya ahli gabungan seperti USBO.
kalau USNO dan USBO bergabung, maka bertambah kukuhlah kedudukan BN di sabah..
apa2 pun, keputusan terletak di tangan pemimpin USBO dan USNO..
USBO harus bergerak aktif untuk memberi penjelasan dan info kepada masyarakat bajau, iranun dan suluk mengenai pembangunan dan program2 yang dijalankan oleh kerajaan untuk rakyat...
dan yang pasti, jentera BN makin kukuh dengan adanya uSBO bagi menghadapi PRU 13.
bagus juga kalau usno bergabung dengan usbo.. dapat mempelbagaikan agenda perjuangan dan sama2 mencapai matlamat parti.. cuma mungkin wujud masalah sekiranya timbul ketidaksefahaman antara pemimpin..
All the best to them.
Rasanya ini sati keputusan yang terbaik untuk USNO bersatu dengan USBO. Saya pasti sokong gabungan kedua NGO ini.
Kalau penggabungan itu untuk tujuan yang baik, apa salahnya :)
Tapi kita tunggu dan lihat sajalah nanti hingga hal ni disahkan.
Harap semuanya berjalan lancar dan paling pentimg dalam apapun hal, kebajikan rakyat harus diutamakan.
Gabungan ini dapat membantu semua pihak, baguslah itu...
Teruslah berusaha dengan kerajaan. Harap semua berjalan lancar....
Only Salleh knows.
Memang ada keberangkalian.
Lets see.
Tapi kalau dah gabung nanti kuasa tak kuat la pula.
Good luck guys.
Catat Ulasan