Ahad, 14 Ogos 2011

USBO KINI AHLI GABUNGAN BN

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

PERSATUAN Bajau Sabah Bersatu (USBO) kini sebagai salah satu daripada empat Badan Bukan Kerajaan (NGO) pertama di negara ini yang diterima menjadi Ahli Gabungan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Negara kelmarin mengumumkan bahawa BN menerima empat NGO sebagai Ahli Bergabung BN iaitu Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO); Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia; Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia dan Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia.

“BN masih membuka permohonan kepada mana-mana pertubuhan yang ingin bergabung dengan BN,” kata Najib yang juga Presiden UMNO.

Dalam pada itu, Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said Keruak ketika dihubungi Sabahkini.net, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Najib dan semua parti komponen atas persetujuan menerima USBO sebagai Ahli Gabungan BN.

“Kita akan gerakkan ahli-ahli kita untuk membantu memperkuatkan jentera BN dan menerangkan Dasar BN kepada masyarakat kita,” kata Salleh yang menjelaskan USBO sekarang diperkasa oleh rumpun Bajau, Irranun dan Suluk.

Salleh menambahkata, beliau mengharapkan semua rumpun dalam USBO terlibat aktif dalam proses pembangunan Negara dan memantapkan sokongan padu kepada BN agar tidak ada yang tercicir daripada arus perdana pembangunan Negara.


24 ulasan:

mantra berkata...

semoga gabungan tersebut akan mengukuhkan kedua2 belah pihak.

Antanum berkata...

Setiap penggabungan akan meningkatkan lagi prestasi dalam kepimpinan. Semoga penggabungan ini akan berkekalan dan kerjasama antara dua pihak akan sentiasa baik2 saja.

Antanum berkata...

Jika terdapat salah faham di masa akan datang jangan lah sampai memecahkan gabungan ini.

Shamila berkata...

Semoga USBO dapat memperkuatkan jentera BN dan menerangkan Dasar BN kepada masyarakat Bajau, Irranun dan Suluk.

Shamila berkata...

semoga kepentingan suku bajau, irranun dan suluk terjamin di bawah pimpinan USBO

Shamila berkata...

harap komponen BN akan kukuh untuk mengharungi PRU-13 akan datang

Shamila berkata...

"... beliau mengharapkan semua rumpun dalam USBO terlibat aktif dalam proses pembangunan Negara dan memantapkan sokongan padu kepada BN agar tidak ada yang tercicir daripada arus perdana pembangunan Negara."

harap ini dapat dicapai

JD berkata...

dengan gabungan ini, BN pasti lebih kukuh lagi.

Tanpa Nama berkata...

maka bertambah lagilah keahlian dalam BN.

Tanpa Nama berkata...

permohonan ini sudah mendapat maklumbalas. bagaimana pula dengan isu penubuhan semula USNO?

Tanpa Nama berkata...

penerimaan USBO sebagai ahli gabungan BN memang telah dijangkakan..kemasukkan ini akan memantapkan lagi kekuatan jentera BN bagi menghadapi PRu akan datang.

Tanpa Nama berkata...

kini adalah menjadi tugas dan tanggungjawab USBO untuk menyampaikan dan membantu program serta agenda pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan kepada rakyat khasnya di kawasan yang diwakili oleh wakil2 rakyat dari USBO..

Tanpa Nama berkata...

diharap USBO dapat membantu menguatkan lagi jentera BN bagi menghadapi pilihanraya akan datang..

Paquin berkata...

Kalau gabungan itu untuk kebaikan then OK lah :)

Paquin berkata...

Jangan pula lepas ni sikit2 ada masalah terus berpecah. Nnati lain lagi tanggapan ramai.

Paquin berkata...

Apapun, saya harap gabungan ini akan membawa kebaikan kepada rakyat.

joey berkata...

harap ini akan memberikan kesan positif atau manfaat kepada kedua belah pihak.

POP berkata...

Gabungan ini pasti akan membawa banyak manfaat. Rakyat haruslah memberikan peluang kpd mereka.

POP berkata...

Inilah 1Malaysia yang kita telah menunggu...

Hamdan Hadillah berkata...

Nampaknya apa yang USBO kata sebelum ini ternyata benar. Niat mereka yang ingin bergabung dengan BN akhirnya tercapai.

Unknown berkata...

Sokonga BN semakin bertambah di Sabah. Semoga BN dapat memberikan yang terbaik untuk Sabah. Jangan sia-siakan sokogan rakyat dan pemimpin lain.

Tanpa Nama berkata...

memang patutpun usbo menyertai BN kerana presidennya juga mempunyai kepentingan dalam kerajaan BN..

Mohd Ishak berkata...

Harap Usbo akan berusaha selepas ini.

POP berkata...

Tak bersabar lagi untuk parti lain untuk mengadakan gabungan ini lagi..