Selasa, 16 Ogos 2011

SPR: Jumlah pemilih berdaftar lebih 12 juta

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setakat ini ialah lebih 12 juta, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah itu termasuk Daftar Pemilih Induk Tahun 2010 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 (DPT ST2/2011) yang akan diwartakan esok.

Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 mengandungi 257,557 nama pemilih yang terdiri daripada 201,339 nama pemilih baru dan 56,218 nama pemilih yang menukar alamat pusat mengundi.

Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh pameran Rang DPT ST2/2011 dari 27 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011, SPR menerima 524 tuntutan melibatkan Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.27 Tanah Merah, Kelantan yang mana kesemua kes tuntutan itu belum diselesaikan.

SPR juga telah menerima bantahan melibatkan 45 bahagian pilihan raya Parlimen dan kesemua bantahan itu juga belum diselesaikan, kata laporan Bernama Online.

“Bantahan tersebut melibatkan 110,242 permohonan yang terdiri daripada 89,193 permohonan pendaftaran baru dan 21,049 permohonan bertukar alamat pusat mengundi. Kesemua permohonan ini akan diperakukan setelah semua kes bantahan diselesaikan,” kata kenyataan itu.

Tiada ulasan: