Harakahdaily
|
KUALA LUMPUR: Semua negeri Pakatan Rakyat akan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minima sebanyak RM500 kecuali Pulau Pinang yang akan membuat bayaran minima RM600. Keputusan ini dibuat selari dengan keputusan kerajaan Pusat yang berbuat demikian menjelang hari raya Aidil Fitri akan datang ini. Kelantan juga mengumumkan akan memberikan bonus sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan pusat kepada kakitangan awamnya.
Di ALOR SETAR,Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) dalam kenyataannya kepada media hari ini telah mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan kadar minima RM500 kepada kakitangan kerajaan negeri bulan ini.
Beransur pulih Sementara itu, Azizan yang ketika ini masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) semakin beransur pulih dan akan dibenarkan pulang tidak beberapa lama lagi.
|
Jumaat, 12 Ogos 2011
Semua negeri Pakatan bayar bonus
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan