BERNAMA
Andaian Puteri Umno Sabah bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi digunakan sebagai motivasi untuk mempersiapkan semua bilik gerakannya, kata ketuanya Musliati Moslimin.
Kini, semua bilik gerakan Puteri Umno di 25 bahagian di negeri ini bersedia menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa, katanya.
“Saya berani katakan Puteri Umno Sabah sudah bersedia menghadapi pilihan raya kerana saya sendiri telah melawat dan melihat proses persediaan semua bilik gerakan Puteri daripada segi maklumat pengundi, jumlah pengundi dan jentera yang akan digerakkan untuk berkempen.
“Kami membuat andaian pilihan raya akan diadakan pada tahun ini dan ini digunakan sebagai motivasi untuk memastikan semua persediaan dibuat sebelum pertengahan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan berbuka puasa di Kota Kinabalu malam tadi.
Musliati berkata Puteri Sabah juga sedang memperhebatkan usaha mendaftarkan rakyat yang layak mengundi sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ini termasuk membuka kaunter pendaftaran di lokasi strategik, terutama di kawasan pedalaman bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk mendaftar, katanya.
“Kami mendapati kebanyakan belia mempunyai sikap malas untuk ke pejabat pos atau pejabat daerah untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun. Kaunter-kaunter ini juga penting di kawasan pedalaman kerana ramai rakyat di sana sukar untuk pergi ke tempat mendaftar kerana masalah pengangkutan,” jelasnya.
Musliati berkata Puteri Sabah, yang mempunyai jumlah ahli tertinggi berbanding negeri lain dengan 45,538 orang sehingga akhir bulan lepas, giat mendaftarkan lebih 13,000 ahlinya, yang dikenal pasti belum menjadi pengundi berdaftar sehingga 31 Dis tahun lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan