Langkah kerajaan negeri hendak membina pusat pentadbiran bernilai ratusan juta ringgit nampaknya terus dikecam.
Terkini, Adun Pembangkang, Jimmy Wong (DAP-Sri Tanjung) berkata beliau akan membawa usul bagi membahaskan rancangan pembinaan itu dalam mesyuarat DUN yang akan datang.
Menurut Jimmy, yang juga Pengerusi DAP Sabah, beliau menentang pembinaan pusat berharga RM388.7 juta itu kerana ia bertentangan dengan slogan ‘rakyat didahulukan’. Selain itu ia juga tidak membawa faedah dalam erti kata sebenar kepada rakyat.
“Jumlah wang yang besar itu lebih baik digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah seperti meningkatkan kemudahan infrastruktur,”katanya.
“Saya hendak bertanya kerajaan negeri, menteri dahulukah atau rakyat dahulu?” katanya.
Adun itu turut mengingatkan bahawa Sabah masih merupakan negeri termiskin di Malaysia, jadi sebaiknya wang itu digunakan untuk faedah rakyat.
“Jika wang itu digunakan membina rumah kos rendah berharga RM42,000 bermakna 9,200 unit rumah seumpamanya akan dapat dibina bagi projek rumah untuk rakyat termiskin,” tambahnya.
Projek yang sama sebelum ini pernah diselar oleh SAPP yang menganggap kerajaan negeri perlu memberi penjelasan terperinci mengenai keperluan projek pusat pentadbiran (fasa 1) di Teluk Likas itu.
Ketua Penerangannya, Chong Pit Fah berkata, penjelasan itu penting kerana rakyat hairan bagaimana negeri yang termiskin di Malaysia boleh berbelanja besar untuk projek mega seperti itu.
Beliau seterusnya berkata, keputusan melaksanakan projek itu juga menimbulkan keraguan berdasarkan status kewangan semasa kerajaan negeri. Pada tahun 2009 kerajaan negeri mengeluarkan bon RM544 juta bagi mendapatkan dana untuk Bank Pembangunan Sabah dan ia merupakan bukti kerajaan negeri tidak mempunyai aliran tunai walaupun sering mendabik dana mempunyai simpanan tunai RM2 bilion.
33 ulasan:
Bagi pendapat saya, pusat pentadbiran ini patut dibina dari dulu lagi. Sekarang masih belum terlambat.
Pusat Pentadbiran ini boleh memudahkan urusan dengan jabatan kerajaan yang berlainan. Kita tidak perlulah berulang-alik ke tempat yang berbeza untuk mengurus sesuatu hal.
setuju dengan Mohd Ishak, pusat pentadbiran memang diperlukan. ia memudahkan untuk setiap orang berurusan di satu kawasan/bangunan saja tanpa perlu pergi ke tempat yang berlainan untuk menyelesaikan sebarang pekara.
berkaitan isu lain seperti kemiskinan dan sebagainya, pasti ada rancangan untuk menyelesaikan pekara tersebut seperti PPRT dan sebagainya.
kita mmg perlukan jg pusat pentadbiran bagi memudahkan urusan kita.
pembangunan infrastruktur takkan terbantut oleh pusat pentadbiran tersebut kerana peruntukan untuk rakyat mmg telah disediakan.
secara logiknya, memang tidak patut kerajaan negeri mengendahkan permintaan rakyat untuk tidak membazirkan RM388 juta hanya untuk pembinaan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (Fasa 1) di Teluk Likas.
kalau projek ini betul2 manfaat dalam membangunkan negeri Sabah yang sudahpun tersenarai sebagai negeri yang termiskin di Malaysia, maka wajar jugalah kerajaan memberi penjelasan yang logik dan benar kepada rakyat Sabah.
Tidak perlulah membazirkan wang rakyat untuk pembinaan ini jika hanya memberi manfaat kepada pentadbiran kerajaan Sabah dan bukannya kepada penduduk sejagat.
KM harus mempertimbangkan bantahan rakyat mengenai pembinaan projek ini, walhal duit rakyat juga yang digunakan dan bukannya sumbangan dari pihak persendirian.
apa2 saja projek kerajaan selalu saja dipersoalkan dan ada yang dibantah. kadang2 rakyat yang tidak memahami tujuan sebenar ia dilaksanakan.
rasanya memang ada yang tidak menentang apa-apa pembangunan tetapi perlukah kerajaan meneruskan pembinaan yang menelan berjuta-juta ringgit ini terutamanya Sabah sedang mengalami inflasi yang tinggi?
baik kerajaan perjelaskan kepada rakyat berhubung dengan RM388.7 juta.
mengapa pula tidak?
pusat pentadbiran ini adalah perlu..
dan nmpknya sekali lagi DAP akan cuba mempolitikkan isu yang sebenarnya bukan satu isu sebagai publisiti murah mereka...
isu2 lain seperti kemiskinan, kerajaan negeri sedang dalam usaha untuk menyelesaikannya...
apa pun, saya menyokong pembinaan pusat pentadbiran kerajaan negeri ini..
100 tahun akan datang pun alasan yang sama tetap akan digunakan sebagai usaha membantah projek ini. bukannya peruntukkan untuk membantu golongan miskin, memperbaiki kemudahan infrastuktur dan sebagainya diabaikan oleh kerajaan untuk memberi laluan kepada projek ini.
pembinaan pusat pentadbiran itu adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri yang akhirnya akan memberi kesan positif kepada rakyat dan negeri ini. daripada membantah projek ini, kenapa tidak desak kerajaan persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak dana untuk tujuan pembangunan?
Hal ni dikecam kerana sekarang ni kan rakyat banyak dibebani dengan masalah.. So mestilah ramai yang harap bajet tu digunakan utk memenuhi keperluan rakyat yang dirasakan lebih penting.
Tapi saya tak nafikan juga pusat pentadbiran ini akan mendatangkan hal yang baik dapat membantu memudahkan segala pengurusan.
Namun lain orang lain pandangannya. Yang pasti pertimbangkan sebaik mungkin sebelum memutuskan sesuatu perkara.
Harap kerajaan akan membuat keputusan yang terbaik dalam hal ini.
Rasanya ini bagus untuk kita juga. Supaya mudah membuat pengurusan jika semua jabatan dalam satu bangunan. Tidak perlu kesana kesini lagi. Kalau Pembangkang sudah pasti tidak akan bersetuju. Mesti banyak alasan direka cipta oleh mereka untuk memastikan kerajaan yang salah. Tapi biarlah rakyat sendiri berfikir hal ini.
Mungkin yang menjadi isu sekarang adalah kos pembinaan. Mestilah kos tinggi kalau membina bangunan yang boleh menempatkan semua jabatan. Mesti besar banguan pentadbiran itu. Susah juga kita mahu terangkan kepada pembangkang. Kerana ini memang tugas mereka memastikan apa yang dirancang oleh kerajaan tergendala.
Dengan pusat pentadbiran itu, semua operasi bolehlah dijalankan dengan lebih baik. Kenapalah tidak cuba...
Harap bolehlah bercuba sekali...manalah tau kita perlukan pusat ini..
Harap bolehlah bercuba sekali...manalah tau kita perlukan pusat ini..
All we have to do is to obey.
Permohonan Jimmy Wong telah ditolak.
CM has told everything.
Jika Sabah hendak mengecapi kejayaan maka pandai la mencari peluang untuk berjaya.
Let him be.
Catat Ulasan