Sabtu, 20 Ogos 2011

Pilihan Raya Umum pada Bila-bila Masa - Najib.

KL POS

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ianya tidak terikat sama sekali walaupun tertubuhnya Jawatankuasa Pemilihan Parlimen.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercakap selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut menyatakan pendirian menyokong penubuhan Jawatankuasa tersebut sebagai langkah positif menambahbaik Sistem Pilihan Raya.

Malah Najib turut menyebut ianya mesej yang terbaik buat Pembangkang yang turut menyertai Jawatankuasa tersebut agar tidak timbul lagi sebarang syak wasangka selepas ini.

Beberapa pemimpin Pakatan menyatakan ketidakpuasan hati sebelum ini kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dan rata-rata dari kalangan mereka berkemungkinan akan memboikot penubuhan tersebut sebagai langkah protes.


Tiada ulasan: