MSO
PRIMADONA Umno bernama Mashitah Ibrahim (foto) menggelarkan Pas sebagai 'parti alah sokmo' atau parti senantiasa kalah. Pandai juga Mashitah menggunakan dialek Kelantan mencari akronim untuk mempersendakan Pas. Beliau lantas menyusun beberapa fakta atau bukti menunjukkan Pas kalah. Jika dipadan dengan rupa paras yang ayu dan berkulit putih kuning tidak seharusnya pemikiran kotor begitu tertempel di kepala Mashitah. Sayang...
Pemikiran begitu layak bertompok dalam kepala beberapa orang ahli Parlimen bebas saja, bukannya singgah dan bertempel di kepala Mashitah. Wajah yang cantik dan belengas itu dicatati oleh kenahilan politik.
Intipati kepada dakwaan Mashitah itu ialah Pas kalah kerana tidak berani bersuara membela agama dan sanggup menukarkan slogan ataupun melacurkan perjuangan demi menghormati DAP. Dalam kata lain kerna mementingkan kuasa Pas sanggup melupai perjuangan asalnya.
Perubahan slogan Pas dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan dimomokkan demikian rupa tanpa memahami isi di sebalik perubahan nama itu yang tidak memesong perjuangan Pas dari hakikinya.
Kalau Mashitah baca dan terima padangan Dr Haron Din mengenai huraian Negara Berkebajikan ini, nesccaya Mashitah tidak akan keliru, bahkan akan menjadi semakin jelas. Demikian juga kalau beliau arif mengenai sifir-sifir politik beliau tidak akan mempertikaikan di sebalik penggunaan slogan baru itu.
Selain itu banyak lagilah butiran atau pun hujah-hujah yang Mashitah tulis untuk membuktikan Pas 'alah sokmo'. Kesediaan Pas untuk menobatkan orang lain menjadi PM tetapi bukan Abdul Hadi Awang juga dianggap sebagai satu kekalahan Pas.
Saya tidak mahu mengulas kesemua sekali apa yang dicatat oleh Mashitah dan cuba memberi penjelasan terhadap butiran yang diturunkan oleh Mashitah itu. Tetapi saya hendak membalas akronim Pas Alah Sokmo dengan mengakronimkan BN sebagai Benang Nipu atau maksudnya menang dengan cara menipu.
Memang dalam demokrasi sekular yang diterima pakai di negara ini kaedah menipu diterima seadanya. Kaedah itulah yang memenangkan Umno dan BN selama ini kecuali di zaman Tunku Abdul Rahman yang mana penipuannya ditahap minima. BN - menenang nipu. Pelbagai bentuk penipuan dilakukan BN di sepanjang pilihan raya. Orang yang menipu akan menjawab atau mengiyakan dakwaan ini di balik pintu. Mereka tidak akan mengaku dikhalayak ramai kecuali mereka yang mukanya dilempar sambal...
Apakah ada perbezaan di antara kalah sokmo dengan menang menipu? Memang ada. Kalah sokmo lebih bernilai dan suci daripada menang cara menipu. Di manakah maruah parti Mashitah yang menang dengan cara menipu? Orang yang mementingkan soal maruah, soal kebenaran, soal hak akan merasa bersalah bila kemenangannya diambil secara menipu. Tipu adik beradik mencuri. Mencuri adik kepada merompak dan melanun.
Mungkin Mashitah akan bertanya bagaimana penipuan berlaku? Mustahil kalau Mashitah tidak mengetahuinya. Partinya selalu mengajar cara-cara dan teknik menipu. Penipuan itu bukan saja untuk mendapat kerusi tetapi penipuan juga sesudah menang dan menjadi menteri. Ibu perompak akan melahirkan anak pencuri. Tidak boleh lari.
Sebagai seorang yang berkecimpung dalam politik hingga menjadi timbalan menteri, Mashitah mungkin ada pengalaman sendiri bagaimana dia tertipu. Kisah TV Hijrah adalah sejarah adalah iktibar terbaik untuk mengenali bagaimana berlaku penipuan! Untuk mengatakan Mashitah menipu tidak mungkin kerana dia dilihat sebagai insan yang memahami hukum hakam. Lagipun tidak senonoh kalau orang perempuan ikut melakukan perbuatan menipu kerana menipu adalah kehidupan para jalang.
Tindakan Bersih menuntut pilihan raya adil dan bersih jelas membuktikan berlaku penipuan dalam pilihan raya yang dikelolakan oleh kerajaan Menang Nipu. Kalau tidak ada penipuan kenapa harus diwujudkan Bersih. Tidak ada orang mahu menyusahkan diri untuk keburukkan dan kedurjanaan kecuali orang tidak kurang cerdik (baca bodoh). Kerana penipuan itulah yang menenangkan BN. Tanpa penipuan BN tidak akan memang. Kalau Mashitah seorang muslimum yang mementingkan kesucian dan kebenaran beliau tidak akan menerima kemenangan BN dengan cara menipu itu.
Maruah kalah sokmo dengan menang sokmo dengan cara menipu jauh lebih baik dan murni kalah sokmo. Dalam Islam bukan soal menang dan kalah yang dihisab, tetapi soal hak dan kebenaran. Lebih baik Pas kalah beribu kali daripada menang dengan cara penipuan sejuta kali. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada BN kerana ia sudah menjadi budaya dan habit.
Kerana kemenangan dengan cara menipulah maka kerajaan BN kini menjadi huruhara. Tidak ada keberkatan. Bila rakyat sudah sedar dan mereka tidak boleh ditipu lagi maka BN ketika itu akan kalah. Sudah kelihatan ciri-ciri ini. Pilihan raya ke-12 lalu sehinggakan BN hilang empat buah negeri adalah kerana kesedaran rakyat. Rakyat sudah mengetahui bahawa mereka ditipu dan sudah tidak mahu tertipu lagi.
Saya rasa orang Pas yang insaf dan faham perjuangan tidak berdukalara atas kekalahan sokmo kerana ditipu BN itu. Orang Pas kena terima istilah dicipta Mashitah itu - kalah sokmo. Pas akan kalahan sokmo selagi berlaku penipuan dan rakyat belum sedar semuanya. Pas alah sokmo kerana BN menipu. Ingat BN ingat Benang Nipu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan