Sabtu, 6 Ogos 2011

Pakatan Rakyat Sedia Belanjawan Alternatif

Ditulis oleh Naeem Raffi


PETALING JAYA : Jawatankuasa kerja Pakatan Rakyat hari ini mengadakan mesyuarat pertamanya bagi membincangkan belanjawan alternatif sebagai persediaan awal bagi mendepani pengumuman Belanjawan 2012 pada Oktober depan.

Anggota jawatankuasanya Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hasil perbincangan tersebut hanya akan dikeluarkan sebelum kerajaan pusat mengumumkan belanjawannya.

"Bajet tahunlalu kalau kita masih ingat, Perdana menteri yang juga selaku menteri kewangan ketika membentangkan bajet apa yang jelas ialah semuannya projek mega, MRT, Menara Warisan,"

"Menggunakan unsur dalam GDP sebagai 'G' factor yang sekaligus akan membawa negara ke satu krisis yang berterusan seolah-olah kita tidak ada kekangan dalam perbelanjaan."

Bagaimanapun, beliau yang juga ahli parlimen Kuala Selangor itu menegaskan, ia bukanlah belanjawan bayangan sepenuhnya tetapi lebih kepada pendekatan strategik, seperti dikeluarkan Pakatan pada 2008.

Malah Dr Dzulkefly berkata, gabungan itu akan mengambil pendekatan strategik, di mana semua parameter sektor akan diambil kira dalam merealisasikan moto belanjawan "Kesejahteraan Untuk Semua".

"Kami telahpun merumuskan bahawa pendekatan PR dalam belanjawan 2012 ini bukan sahaja mahu melakukan suatu yang lebih baik malah kami mahu lakukan pendekatan strategik yang berbeza."ujarnya.

Turut serta pada sidang media itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Kesemua mereka adalah empat daripada enam anggota Jawatkuasa Kerja Pakatan Raykat yang bertindak membincangkan belanjawan bagi tahun 2012.

Tiada ulasan: