Jumaat, 19 Ogos 2011

Nelayan tak ke laut, bimbang lanun - bekalan terjejas

MALAYSIA KINI


Bekalan ikan dijangka terjejas kerana nelayan terutamanya di kawasan Pantai Barat bimbang untuk turun ke laut akibat aktiviti lanun sejak kebelakangan ini.

NONEMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata 52 bot nelayan laut dalam di Bagan Panchor dan Pantai Remis di Perak bimbang untuk turun ke laut manakala ada nelayan di Kuala Perlis yang dikatakan hampir ingin menjual bot mereka.

"Sebab itu hari ini kita adakan pertemuan dengan persatuan nelayan terbabit bersama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi membincangkan isu berkenaan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini

Noh berkata kementerian akan bekerjasama dengan APMM bagi melindungi keselamatan nelayan dan berharap selepas ini nelayan tidak perlu bimbang untuk turun ke laut.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Datuk Ahmad Puzi Abdul Kahar berkata, pelbagai langkah diambil termasuk menggandakan rondaan laut dan udara dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia.

"Kita juga sudah berjaya menangkap dua orang suspek yang dipercayai terlibat dengan kumpulan lanun dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan kemungkinan ada saki baki anggota kumpulan itu," katanya. Bernama

Tiada ulasan: