Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua mengecam apa yang didakwanya "sikap tidak bertanggungjawab" Kementerian Kesihatan kerana membenarkan siasatan dakwaan gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin pada 9 Julai, diambilalih oleh pihak polis.
Beliau memberitahu pemberita selepas memberi kenyataan di ibupejabat polis daerah Petaling Jaya hari ini berhubung kejadian itu.
Pua mendakwa telah menyaksikan sendiri polis menembak gas pemedih mata
dan meriam air ke dalam perkarangan hospital berkenaan semasa perhimpunan BERSIH 2.0 menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Beliau dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis selepas beliau menawarkan diri untuk membantu Kementerian Kesihatan dengan siasatan terhadap insiden 9 Julai itu.
Pua memetik pegawai penyiasat 'ASP Marzukhi' sebagai mengesahkan dengannya bahawa Bukit Aman telah mengambil alih siasatan terhadap insiden di Hospital Tung Shin itu.
"Kementerian Kesihatan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan hospital tersebut... Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau perlu menjelaskan perkara ini," kata Pua kepada pemberita.
Jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan bulan lepas untuk menyiasat apa yang berlaku di hospital berkenaan, tetapi sehingga ini, hasil siasatannya masih belum diumumkan.
Menurut laporan berita sebelum ini, Liow berkata jawatankuasa itu akan memberi
tumpuan kepada siasatan terhadap doktor dan pesakit hospital berkenaan ketika insiden itu berlaku, dan membiarkan polis menyiasat dari segi pihak awam untuk mengelakkan pertindihan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah mengumumkan pihak polis akan menubuhkan dua pasukan khas, untuk menyiasat perkara yang sama, dua hari selepas pengumuman oleh kementerian berkenaan.
Pua serta dua lagi ahli parlimen DAP - Teo Nie Ching (Serdang) dan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) - dan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang CM Lim Guan Eng - Zairil Khir Johari - telah menawarkan diri untuk memberi keterangan untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun, Pua menerima surat dari sekretariat jawatankuasa itu Jumaat lepas, yang menyatakan bahawa ia telah meminta polis menghubungi mereka untuk memberi kenyataan.
Menurut Pua, ASP Marzukhi memberitahunya bahawa siasatan hampir selesai, tetapi pegawai polis itu menyatakan hasil penyiasatan tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan