DETIK DAILY
KUALA LUMPUR: Setelah reda sebentar isu Pejabat Wanita Pertama Malaysia (F.L.Ohttp://stat.kompasiana.com/files/2010/11/rosmah-razak.jpg.M) membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor, kini timbul pula laman web baharu dinamakan Datin Seri Rosmah (DSR) khusus dalam halaman web Jabatan Perdana Menteri.
FLOM telah ditutup pada 27 Januari 2011 setelah isu itu didedahkan beberapa akhbar alternatif. Halaman khusus dalam laman web Jabatan Perdana Menteri itu boleh dilayari melalui alamat di http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/.
“Tujuan penubuhan laman web ini adalah untuk memberi peluang kepada para pengunjung sekalian untuk bukan sahaja mengenali saya dengan lebih dekat, tetapi juga dapat mengikuti dan memahami peranan dan tugas saya sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia yang keenam,” kata Rosmah dalam ucapan yang bertajuk ‘Mesej dari DSR’.
Laman web itu dibangunkan dengan latar utama berwarna merah jambu, bahagian atas yang mendominasi perhatian adalah paparan slaid bergambar aktiviti Rosmah yang berselang setiap lima saat.
Manakala menu laman terbahagi kepada lima paparan selain Laman Utama iaitu Isteri PM, Bilik Berita, Koleksi Multimedia dan Informasi Kami. Setiap paparan dipecahkan kepada beberapa sub-topik termasuk pautan ke laman web Persatuan Badminton Malaysia, BAKTI, Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, The Malaysian AIDS Council (MAC) dan Seri Perdana.
Laman DSR mengandungi arkib berita yang berkaitan Rosmah yang dipetik dari media massa tempatan selain artikel, ucapan dan diari.
Ucapan alu-aluan dan selamat datang oleh Rosmah yang berpakaian serba hijau disiarkan dalam rakaman video bergambar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan