KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Disiplin DAP memecat tiga ahli parti itu berkuatkuasa serta merta kerana melanggar disiplin parti.
Pengerusinya, Tan Kok Wai berkata, ketiga-tiga mereka adalah Puah Ju Kian (Cawangan Telok Gadong), Yap Kon Min (Serdang Bahru) dan Tan Chew Wah (Kampung Baru Balakong).
Puah Ju Kian didakwa salah menguruskan hal ehwal cawangannya, Yap Kon Min pula didapati salah membuat kenyataan yang salah secara berulang kali terhadap pimpinan DAP manakala Tan Chew Wah pula didapati bersalah dan secara berulang kali membuat kenyataan buruk secara terbuka terhadap pimpinan DAP.
Menurut Tan Kok Wai yang juga anggota Parlimen Cheras, Jawatankuasa Disiplin DAP telah mengadakan perbicaraan terhadap ketiga-tiga mereka pada 5 Ogos lepas di Ibu Pejabat DAP dan penjelasan mereka tidak memuaskan hati jawatankuasa kerana ia telah memburukkan kepentingan parti itu.
"Ekoran pemecatan ini, ketiga-tiga mereka tidak lagi berhak mewakili DAP dalam sebarang urusan atau bertindak sebagai ahli DAP.
"Bagaimanapun mereka boleh membuat rayuan dalam masa 14 hari terhadap keputusan ini kepada Jawatankuasa Pusat Parti berdasarkan perkara VII para 3 Perlembagaan DAP," katanya dalam satu kenyataan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan