Harakahdaily
|
KUALA LUMPUR: Buku Konsep Asas Negara Kebajikan karangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sekadar menggariskan maksud, konsep umum dan tuntutan sebuah Negara Berkebajikan. “Buka kecil ini juga bukan sebuah tesis kajian ilmiah di mana susun atur isi dan penulisan dalam buku ini adalah disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh rakyat kebanyakan,” tulis Tuan Guru Abdul Hadi pada bahagian Muqadimmah. Menurutnya, buku itu juga tidak bermaksud untuk memperincikan seluruh program kebajikan yang dimaksudkan oleh PAS. Katanya, perincian dan susun atur program yang menjadi pengisiannnya nanti akan dipaparkan kepada seluruh rakyat dalam bentuk manifesto dan butiran khusus dari masa ke semasa menerusi media cetak dan lain-lain siaraya oleh PAS. Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, Dokumen Negara Berkebajikan yang akan menyusul selepas buku kecil ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci akan konsep dan tasawwur Negara Berkebajikan. "Mudah-mudahan kita semua mendapat pahala menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan menyelamatkan manusia dengan petunjuk Allah yang sebenarnya secara beramal," ujarnya lagi. Buku yang mengandungi tujuh bahagian dan 86 muka surat bercetak itu dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Qaryah Ramadhan, Kota Bharu pada 5 Ogos lepas. |
Rabu, 10 Ogos 2011
Buku garis konsep umum Negara Berkebajikan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan