Isnin, 15 Ogos 2011

Badminton Dunia: Chong Wei gagal rangkul kejuaraan pertama

THE MALAYSIAN INSIDER


Lee terjatuh ketika pertandingan akhir Korea Terbuka di Seoul, 31 Januari, 2011. — Foto Reuters


KUALA LUMPUR— Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei gagal di tangan Lin Dan untuk muncul juara Kejohanan Dunia buat kali pertama.

Dalam pertemuan berlangsung selama 81 minit di London malam ini Lin menang 20-22, 21-14 dan 23-21.

Dalam pada itu Bernama Online melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa sedihnya terhadap kekalahan Lee.

Dalam Facebook yang dikemaskinikan, Najib berkata perlawanan akhir itu mungkin menjadi pencapaian paling besar Lee selepas menjadi pemain kedua negara layak ke final.

“Sudah dekat tetapi semakin jauh. Saya amat sedih kerana (Lee) Chong Wei kalah. Ia mungkin menjadi pencapaian paling besar,” kata Najib.

Tiada ulasan: