David, pemain nombor satu dunia dan juga pilihan pertama kejohanan, menampilkan persembahan cemerlang untuk mengatasi pemain England itu dengan 11-8, 11-4, 11-6 untuk memastikan namanya terpahat pada Piala Heather McKay bersama pemain lagenda sukan itu.
David menguasai perlawanan dengan mendahului 6-1 pada set pembukaan sebelum Duncalf bangkit untuk mengejar kutipan mata sehingga berjaya menyamakan kedudukan sebelum jaguh dunia itu menang set pertama, lapor Bernama Online.
Anak kelahiran Pulau Pinang yang dibimbing oleh Liz Irving itu sekali lagi menguasai set kedua untuk mencapai kemenangan mudah sebelum Duncalf memberi saingan awal pada set ketiga.
Bagaimanapun, rentak permainan David yang agresif dan sukar diramal itu menyebabkan Duncalf, pemain nombor dua dunia, terpaksa akur dengan kehebatan lawannya itu.
“Saya perlu konsisten dan pergerakan saya adalah baik serta menumpukan perhatian sepanjang perlawanan akhir ini. Saya tahu kejohanan ini mempunyai sejarah istimewa dan berprestij.
“Saya tidak mahu lepas peluang untuk nama saya tertera pada piala itu dan bangga dengan kejayaan ini,” kata David yang berusia 27 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan