Rizal Tahir
|
PENGKALAN CHEPA: Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih bermakna bagi 621 guru Pasti apabila menerima tunggakan elaun dan duit raya baru-baru ini. Setiap mereka menerima antara RM550 sehingga RM640 melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM331,440. Pengarah Pasti Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan elaun guru-guru Pasti di negeri ini dibayar setiap bulan. “Pasti negeri mahu elaun guru-guru Pasti dibayar setiap bulan tanpa ada tunggakan bagi memastikan kebajikan mereka lebih terbela,” katanya di majlis penyampaian elaun tersebut di Putik. Oleh itu beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan mengingatkan guru-guru Pasti hendaklah mengekalkan penampilan kerana mereka menjadi ikutan pelajar-pelajar Pasti. Katanya juga pendidik merupakan golongan yang dimuliakan dalam Islam kerana memberi ilmu dan mendidik manusia menjadi hamba Allah yang taat. Sementara itu dalam perkembangan lain qari kanak-kanak dari Iran, Reza Goldshahi, 13 tiba di Kelantan Khamis lalu bagi memeriahkan program tadarus al-Quran sempena Ramadan ini. Sejurus tiba di sini beliau dibawa menemui Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan turut memperdengar bacaan al-Quran di pejabatnya di Kota Darulnaim. Reza ditemani seorang warga Iran, Ali Memariani akan berada hampir seminggu di Kelantan. Kehadirannya ditaja Tabung Amanah Tok Kenali, agensi kerajaan dan beberapa badan bukan kerajaan. Beliau akan memperdengarkan bacaan al-Quran pada 24 Ogos ini di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan jam 4 petang bersama qari cilik tempatan. |
Ahad, 21 Ogos 2011
621 guru Pasti terima tunggakan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan