Aziz Muda |
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memantau sekitar ibu negara menjelang himpunan Bersih 2.0 petang ini. Pesuruhjayanya, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, seramai 35 pegawai Suhakam termasuk dua pesuruhjaya termasuk beliau dan Janes Nayagam melakukan pemantauan bermula jam 9.30 pagi ini hingga selesai himpunan. Menurutnya, tujuan pemantauan adalah untuk memastikan semua urusan berkaitan berjalan mengikut peraturan sesuai dengan kedudukan perhimpunan aman Bersih 2.0 yang tidak melanggar undang-undang khususnya Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. “Ini sejajar dengan pengakuan pihak Bersih sendiri yang mengatakan perhimpunan ini adalah himpunan aman,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi. Katanya, dalam melaksanakan tanggungjawab ini, pihak Suhakam membahagikan para pegawainya kepada tiga kumpulan. Jelasnya, kumpulan pertama akan berlegar di sekitar Kampung Baru, kedua pula di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman menghala ke Masjid Jamek dan kumpulan tiga berlegar di Jalan Sultan Ismail menunju ke Lebuh Ampang dan Stadium Merdeka yang diketuainya. “Sepanjang melaksanakan tanggungjawab ini, pihak kami akan memantau segala insiden yang berlaku. “Jika pihak berkuasa bertindak di luar undang-undang ke atas orang awam, pihak kami akan mengambil tindakan secara langsung untuk memaklumkannya kepada pihak atasan PDRM,” ujarnya. Selain itu, katanya pihak Suhakam akan terus membantu berdasarkan bidang kuasa yang ada. Orang ramai boleh menghubungi Suhakam di talian 03-26125600 (pejabat), 012-3291423 (Ameer), 012-3290683 (Simon), 012-3291536 (Lee), 012-2067406 (Azizah). |
Sabtu, 9 Julai 2011
Suhakam pantau insiden menjelang himpunan Bersih
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan