Sabtu, 9 Julai 2011

LANGSUNG Bersih 2.0: Mahfuz, Salahudin ditangkap

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Polis hari ini memperhebat sekatan mereka dalam usaha menggagalkan himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini.

12.33 pm: Kumpulan dari Masjid Negara telah bergabung dgn kumpulan dari Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka.

12.31 pm: Kira-kira 100 orang peguam pemerhati memasuki jalan ke Stadium Merdeka dengan dikawal ketat polis dan FRU.

12.30 pm: "Dengan tangkapan polis ini, sahlah Malaysia sama kategori dengan Bahrain, Syria dan Libya," Datuk Kamaruddin Jaffar.

12.27 pm: Sekumpulan 30 orang ahli PAS Puchong ditangkap ketika sedang minum di Jalan Pasar, Pudu.

12.24 pm: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub ditangkap di stesen KL Sentral.

"Saya belum dimaklumkan ke mana kami akan di bawa", kata Mahfuz kepada harakahdaily.

12.21 pm: 6 kereta polis dilihat sedang berkawal di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

12.20 pm: Polis nafi telah lepaskan gas pemedih mata kepada peserta himpunan di KLCC.

12.17 pm: Pasar Seni - Hampir 10 orang ditangkap dan dibawa menaiki trak. Kekecohan sedang berlaku.

12.15 pm: Sekumpulan peserta himpunan dilihat sedang berjalan dari KL Hilton menuju ke Masjid Negara.

12.12 pm: Polis bertindak tegas memastikan jejantas dari Stesen Pasar Seni ke Masjid Negara dikosongkan. Jumlah anggota polis dalam uniform yang pelbagai kelihatan semakin bertambah.

12.10 pm: 29 ditahan di Stadium Merdeka.

12.07 pm: Sebahagian peserta yang ditangkap dihantar ke Pulapol Jalan Semarak.

12.05 pm: Kira-kira 3000 sedang berhimpun di stesen KTM Kuala Lumpur.

12.03 pm: 4 remaja perempuan ditahan di Masjid Jamek.

12.00 pm: 9 trak FRU termasuk satu trak water cannon penuh dengan anggota menuju ke pusat bandar dari Jalan Loke Yew.

11.58 am: 21 ditahan di Jalan Hang Jebat, sekitar Pudu.

11.55 am: Lebih kurang 2000 berhimpun menyokong Bersih 2.0 di Federation Square, Melbourne.

11.52 am: Koresponden Bersih memaklumkan terdapat peserta yang dipukul oleh pihak polis di stesen KTM Kuala Lumpur.

11.45 am: Sumber polis 120 orang ditangkap setakat ini di masjid Kampung Baru.

11.40 am: Bandar Kuala Lumpur "dikunci", orang ramai yang terkepung ditangkap.

11.37 am: Menurut sumber polis 236 orang sudah ditangkap hingga jam 11 pagi.

11.35 am: 5 trak FRU water cannon dari Jalan Hang Tuah sedang bergerak menuju ke Stadium Merdeka.

11.30 am: Kumpulan perubatan Bersih dihalau oleh polis di stesen komuter.

11.25 am: Bernama nafi hantar SMS pembubaran parlimen.

11.20 am: Masjid Kg Baru - 34 lagi peserta himpunan ditanggkap dan dibawa ke Pulapol

11.12 am: Kampung Baru - Polis menahan semua orang yang turun di stesen Putra LRT Kampung Baru.

11.08 am: Polis mula memeriksa mereka yang berada di restoran dan gerai makan dan tangkapan rambang dibuat.

11.05 am: Masjid Jamek - Dianggarkan 300 peserta dihalau keluar dari stesen.

11.03 am: KTM Kuala Lumpur - Polis mengarahkan orang ramai yang tidak bertiket keluar dari stesen.

11.01 am: Stesen Hang Tuah (aliran Ampang) dan Maharajalela (Monorel) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak berhenti di stesen ini.

11.00 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menggempur masuk ke dalam stesen. Mereka memeriksa orang ramai yang terkepung di dalam.

10.58 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menutup pintu masuk ke stesen. Ratusan sedang berkumpul di luar berhampiran bulatan Masjid Negara.

10.55 am: Dianggarkan jumlah tangkapan sehingga kini mencecah 300 orang.

10.50 am:
KL Sentral - Polis menahan beberapa orang di KL Sentral, mereka ditangkap sejurus keluar dari tren.

10.45 am: Masjid Jamek - Jumlah polis mula bertambah di sini. Mereka memeriksa beg yang di bawa oleh orang ramai.

10.40 am: KLCC - Polis mula menembak gas pemedih mata, orang awam dihalau tanpa sebab.

10.35 am: Brickfields - Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Sharhan Umaizi ditangkap berhampiran Bangunan YMCA.

10.30 am: Maju Junction - Lagi beberapa peserta himpunan ditahan.

10.25 am: Masjid Jamek - Polis manahan dan menyoal orang ramai secara rawak.

10.20 am: Polis mengesahkan seramai 21 orang telah ditahan sejak jam 9 pagi tadi.

10.15 am: Jalan TAR - Polis menghalau orang awam yang berada di sekitar jalan ini. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke muka mereka.

9.50 am: Masjid Negara - Sebahagian dari mereka kini berkumpul di ibu pejabat lama KTM.

9.45 am: Masjid Negara - Biarpun diberi amaran oleh polis supaya kawasan ini dikosongkan, namun sudah lebih 1000 penyokong sudah berhimpun di sini.

9.30 am: Kg Baru - 18 orang ditahan menjadikan jumlah ditahan di kawasan ini seramai 27 orang ditahan di sini.

9.20 am: Masjid Jamek - 7 orang ditahan. Orang awam tidak dibenarkan berada di kawasan ini.

9.15 am: Maju Junction - 4 orang ditahan apabila polis menemui baju kuning di dalam beg dan kenderaan mereka.

8.50 am: Masjid Negara - Kira-kira 600 orang sedang berkumpul diarah mengosongkan kawasan Masjid Negara.

8.45 am: Kampung Baru - Sembilan ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai

8.40 am: Muzium Negara - 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium.

8.37 am: Sogo - Anggota AMK Melaka menjadi yang pertama ditangkap.

8.00 am: Suasana di sekitar KL pagi ini masih lengang dengan beberapa jalan utama menuju ke KL ditutup.

Tiada ulasan: