Sabtu, 30 Julai 2011

PKR kemuka saksi baru, video tangkis dakwaan polis

Nigel Aw


Seorang lagi saksi tampil dengan beberapa gambar bagi membuktikan kecederaan yang dialami di mukanya akibat terkena kanister gas pemedih mata di terowong KL Sentral semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONEMangsa Yew Boon Lye yang juga ketua PKR cawangan Klang pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini berkata, akibat tembakan gas pemedih berkenaan, mata kirinya juga lebam.

"Saya kemudiannya dengan segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik apabila pulang ke Klang. Lebam itu mengambil masa beberapa minggu sebelum ia hilang,” kata Yew.

Beliau diiringi oleh naib presiden PKR N Surendran, ahli parlimen Subang R Sivarasa, ketua biro perundangan PKR Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Walaupun mengakui kecederaan itu tidak serius, namun Sivarasa berkata ia membuktikan pihak polis memang mensasarkan tembakan ke arah kepala orang ramai.

"Tulang pipi pengawal peribadi (supremo PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim retak, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula memerlukan enam jahitan di kepalanya tetapi Yew bernasib baik kerana kecederaannya tidak serius.

Tiada ulasan: