PEKAN: PAS Pahang memohon campur tangan Mufti Pahang, berhubung isu pengeluaran bahan silika yang akan di gunakan bagi tujuan penapisan arak oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan. (Ketua Penerangan [kanan] PAS Pahang Menyerahkan Memorandum Kepada Mufti Pahang) Pandangan tersebut telah di suarakan oleh Ketua Penerangan Pas Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad pada sesi perjumpaan muhibbah PAS Pahang dengan Mufti Pahang, Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Osman yang di adakan pada 27 Julai 2011 di Pejabat Mufti Pahang, Pekan.
Beliau telah di iringi oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kassim, Ketua enerangan Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Fadhil Mohd Noor dan AJK kawasan dan pemuda.
Berhubung dengan isu berkaitan, Ustaz Suhaimi telah memaklumkan kegusaran pekerja dan juga rakyat berhubung hasrat kilang berkenaan untuk mengeluarkan sejenis produk yang di kenali sebagai ‘Daraclar’ ataupun nama santifiknya ‘Beer Stabilizer’.
Berdasarkan kepada fatwa yang di keluarkan pada 31 Julai 2004 di nyatakan hukum bekerja di kilang membuat silica adalah harus dan di bolehkan kerana ianya tidak termasuk mengeluarkan ain arak dan silika tersebut boleh di gunakan untuk tujuan lain seperti perusahaan cat, kaca dan sebagainya.
“Kita sedia maklum akan kepelbagaian kegunaan silika tersebut tetapi apa yang kami persoalkan ialah silika yang akan di hasilkan oleh satu binaan tambahan khusus di kilang tersebut yang kini dalam proses pembinaan adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan industri arak. Daraclar atau Beer Stabilizer tiada kaitan langsung dengan perusahaan cat mahupun kaca,” jelas Ustaz Suhaimi.
“Kita mendapat maklumat dalaman bahawa Jabatan Mufti telah di berikan maklumat yang tidak menyeluruh sewaktu pertemuan oleh syarikat terbabit sebelum fatwa berkenaan di keluarkan. Hasilnya sekarang fatwa tersebut telah di jadikan ‘senjata’ oleh pihak tertentu bagi menghalalkan pengeluaran produk berkenaan," katanya.
Mufti juga di maklumkan bahawa berdasarkan maklumat yang boleh di dapati melalui laman web syarikat tersebut, jelas menunjukkan bahawa silika bagi kegunaan penapisan arak merupakan sebahagian dari aktiviti perniagaan syarikat berkenaan di seluruh dunia dan kini mereka memilih Malaysia sebagai platform bagi pengilangan dan pemasaran untuk rantau Asia Pasifik.
Ketua Penerangan PAS Pahang itu juga memaklumkan bahawa terdapat usaha dari pihak pekerja untuk bertemu dengan Mufti tetapi mereka telah di berikan amaran untuk tidak berbuat demikian.
“Justeru itu atas dasar kesedaran dan kepentingan kebajikan pekerja dan umat Islam, kami memohon pertimbangan pihak Mufti untuk menilai kembali isu ini dan dapat mengambill tindakan tegas dan segera,” ujarnya lagi.
Dalam kenyataan balasnya, Dato’ Haji Abdul Rahman memaklumkan bahawa pihaknya di maklumkan bahawa mereka di berikan penjelasan bahawa silika yang di hasilkan oleh syarikat tersebut boleh di gunakan secara umum dan tidak di khususkan untuk pengeluaran arak secara langsung.
Justeru itu beliau akan mengambil tindakan segera dengan memaklumkan semula kepada Majlis Fatwa berhubung perkara tersebut dan memohon penilaian semula berhubung status isu berkenaan.
Beliau juga memaklumkan akan memanggil semula pengurusan kilang terlibat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan tersebut.
Sebagai tambahan kepada hasrat Mufti Pahang tersebut, PAS Pahang berpendapat agar pekerja kilang tersebut turut di panggil bagi menyatakan pendapat dan maklum balas agar maklumat yang di terima pada kali ini lebih tepat dan telus.
Pada pertemuan tersebut, Ketua Penerangan Pas telah menyerahkan memorandum berkaitan isu tersebut yang memohon penjelasan dari pihak Jabatan Mufti dan amat berharap agar satu tindakan yang konkrit dapat di ambil dalam masa yang terdekat.
Beliau juga marakamkan rasa penghargaan terhadap layanan yang baik oleh Mufti Pahang dan juga kakitangan jabatan Mufti dan berharap agar jalinan kerjasama yang lebih baik pada masa akan datang demi kebaikan umat Islam.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan