Khamis, 28 Julai 2011

Forum Bersih 2.0: EO ialah satu lagi ISA di Pulau Pinang, 27 Julai ini

KEADILAN DAILY



Suara Rakyat Malaysia (Suaram Pulau Pinang) menganjurkan forum ‘EO satu lagi ISA’ pada hari Rabu 27 Julai di Kompleks Masyarakat Penyayang bermula jam 8.30 malam

Ia dianjurkan dengan kerjasama Gerakan Mansuhkan ISA (Pulau Pinang) Amnesty International, Pewaju, Aliran, DEMA, Sembang-sembang Forum, The People’s Green Coalition dan Gabungan Bagi Pentadbiran Kerajaan Baik Pulau Pinang.

‘Selepas puluhan sidang akhbar dan program solidariti nyalaan lilin oleh pelbagai pertubuhan, 6 rakyat Malaysia atau dikenali dengan nama ‘EO6′ masih belum dibebaskan pemerintah dan ditahan polis.

“Tujuan program ini bagi memberitahu masyarakat tentang latar belakang dan fakta penahanan mereka. Forum juga akan membincangkan langkah dan yang akan diambil bagi memberi tekanan kepada pemerintah untuk membebaskan tahanan,” kata Suaram Pulau Pinang dalam pemakluman program berkenaan.

Sebarang maklum balas dan penerangan berkaitan, digalakkan untuk menghubungi penyelaras Suaram Pulau Pinang melalui Ong Jing Cheng di talian 016-4015052.

Tiada ulasan: