THE MALAYSIAN INSIDER
Keputusan itu mengakhiri peluang Malaysia untuk melangkah ke pusingan ketiga.
Menerusi jaringan malam ini, Singapura menang dengan agregat 6-4.
Pasukan negara tewas 3-5 dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu.
Kedua-dua pasukan mejaringkan gol pada separuh masa kedua.
Harimau Malaya tersingkir menerusi agregat 6-4 di depan hampir 90,000 penonton. Malah, menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas Ahmad Fakhri Shaarani dilayangkan kad merah.
Laporan terdahulu Bernama Online menyebut Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri lautan hitam, kuning dan biru apabila puluhan ribu peminat mulai mengisi setiap sudut stadium bagi menyaksikan perlawanan pusingan kedua kelayakan Malaysia dan Singapura.
Pelbagai ragam penyokong yang berada di stadium sejak pukul 3 petang dapat dilihat di sekitar Kompleks Sukan Negara dan juga sepanduk-sepanduk yang penuh kata-kata semangat tanda sokongan tidak berbelah bagi penyokong bola sepak tanah air terhadap skuad Harimau Malaya.
Kira-kira 500 penyokong pasukan Singapura juga kelihatan mengisi ruang tempat duduk berhampiran pentas utama dengan memakai jersi merah putih, iaitu warna yang dipakai oleh skuad Singa itu.
Dalam pada itu, keputusan kelayakan Piala Dunia Zon Asia lain hari ini termasuklah Hong Kong 0 dan Arab Saudi 5 yang membolehkan Riyadh menang agregat 8-0.
Sementara itu Indonesia 4 dan Turkmenistan 3, membolehkan negara Asean itu menang agregat 5-4.
Lebanon menang dengan agregat 4-2 walaupun hari ini Bangladesh mengatasinya 2-0.
Uzbekistan mengatasi Kyrgyzstan 3-0 untuk menang agregat 7-0 manakala Syria mengatasi Tajikistan 4-0 untuk menang agregat 6-1.
Dalam satu lagi perlawanan China menang agregat 13-3 ke atas Laos. Hari ini China mengatasi Laos 6-1.
Kuwait pula mengatasi Filipina dengan agregat 5-1, Oman mengatasi Myanmar dengan agregat 4-0.
Sementara itu, Bernama Online memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tetap berbangga dengan pemain kebangsaan walaupun Malaysia tewas kepada Singapura.
Beliau menghadiri jamuan makan malam ‘Perdana Menteri Bersama Rakyat’ di Dewan Wawasan di Jitra dekat Alor Setar, turut menyaksikan siaran langsung perlawanan itu melalui layar besar yang dipasang dalam dewan.
“Pasukan kita menghadapi tugas amat berat dan laluan sukar disebabkan defisit dua gol selain Singapura menguatkan pertahanan setelah menang 5-3 di gelanggang mereka minggu lepas.
“Bagaimanapun saya berbangga dengan mereka dan berharap ini bukan perjuangan terakhir. Saya mahu semua pemain mengambil iktibar daripada kekalahan ini untuk terus berusaha memperbaiki prestasi pada masa depan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan