Sabtu, 30 Julai 2011

Khairy: Ketelusan maklumat OK tapi jangan dedah bidang pertahanan


KUALA LUMPUR — Khairy Jamaluddin melahirkan sokongan agar kerajaan menggubal Akta Kebebasan Maklumat tetapi menegaskan, ada beberapa perkara yang berkait rapat dengan kepentingan negara seperti pemerolehan pertahanan tidak boleh didedahkan.

Ketua Pemuda Umno ini berkata, “tiada negara yang akan mendedahkan secara terperinci” tentang hal ketenteraan kerana mahu mengambil kira aspek keselamatan negara.

“Berapa banyak kereta kebal, apa bentuk sistem dan peluru yang kita gunakan tidak boleh dibincangkan di Parlimen dan dirakamkan secara bertulis,” kata Ahli Parlimen Rembau pada forum Akta Kebebasan Informasi di Majlis Peguam.

Isu perjanjian ketenteraan mucul apabila pihak berkuasa mengusir seorang peguam dari Perancis yang meneruskan siasatan berhubung kontroversi RM7 bilion dalam pembelian kapal selam Scorpene di mahkamah Perancis.

Walaupun tanpa kehadiran beliau, wakil rakyat Pakatan Rakyat menuduh pentadbiran Najib mahu menyembunyikan fakta dalam pembelian dua kapal selam dari sebuah firma pertahanan Perancis DCNS dan jumlah perjanjian itu meningkat RM16 bilion dalam tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun Khairy (gambar) bersama Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, jawatankuasa komuniti perkhidmatan ketenteraan perlu diwujudkan dengan dibarisi wakil rakyat dan pasukan bersenjata untuk mendapatkan maklumat daripada pakar-pakar lapangan sebelum dibincangkan secara rahsia.

Ketika ditanya jika keputusan itu masih boleh dibuat secara rahsia, beliau berkata, “bukan semua perkara boleh didedahkan tapi sekurang-kurangnya ahli Parlimen, wakil orang ramai mempunyai maklumat.”

Pembelian dua kapal selam dari firma pertahanan Perancis DCNS dibuat pada 2002 di mana ketika itu Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dan syarikat milik Abdul Razak Baginda, dikatakan membantu perdana menteri itu mendapatkan komisen lebih daripada RM500 juta.

Kumpulan hak asasi manusia dan parti pembangkang turut mengaitkan isu pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006. Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memfailkan aduan di mahkamah Perancis meminta akses kepada maklumat mengenai perjanjian kerajaan yang ditandatangani Abdul Razak Perimekar Sdn Bhd dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima aduan itu untuk menyiasat dakwaan rasuah berjumlah RM500 juta dari DCNS kepada Perimekar. Peguam Perancis Willian Bourdon tiba di Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu di Pulau Pinang di mana beliau bercakap pada satu majlis amal yang dianjurkan Suaram mengenai perjanjian pembelian kapal selam Scorpene namun dihalang menyertai program selanjutnya di ibu negara apabila ditahan pegawai imigresen yang memasuki kapal terbang sebelum mengusirnya.

Sementara itu, Santiago berkata Malaysia bergerak dengan lebih jauh daripada membentuk sebuah jawatankuasa meneliti pemerolehan pertahanan seperti jurnal-jurnal dan penerbitan “yang memberitahu anda tentang maklumat itu.”

“Jika anda membeli peluru, banyak pakar boleh memberitahu anda mengapa. Jadi tiada apa yang perlu disembunyikan.

Jika anda cari di Google, anda akan menemui apa yang kerajaan Malaysia ada. “Dasar pemerolehan perlu dibuat dengan jelas. Budaya rahsia ini perlu dihentikan,” katanya.

Tiada ulasan: