Harakahdaily |
KOTA BHARU: Kerajaan BN diperingatkan, cara mereka mengendalikan isu Bersih 2.0 dengan terus mengejar para pimpinan Pakatan dan aktivis tidak betul. Beliau mengulas tindakan kerajaan BN melalui polis yang terus menerus mengejar pemimpin Pakatan dengan cara mengeluarkan waran tangkap dan sebagainya. Tindakan begini akan menyebabkan momentum rakyat akan terus meningkat untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini. Dalam kenyataannya, Pemuda PAWS Negeri Kelantan merasakan belum terlambat untuk mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas sokongan anak muda terhadap tuntutan Bersih. Semua lapisan anak muda tanpa mengira bangsa dan agama nampaknya terlalu prihatin dengan transformasi yang diperlukan bagi memastikan pilihanraya berlangsung dengan adil, telus dan bersih. Bagi mereka, peniaga yang mendakwa mengalami kerugian adalah kerana mereka akur dengan arahan pihak keselamatan dengan menutup premis perniagaan mereka walhal kalau mereka terus berniaga keuntungan berlipat ganda yang akan mereka perolehi kerana akan menerima pelanggan tambahan selain pelanggan biasa. Ia telah dijalankan melalui blog dan facebook yang menyaksikan terbinanya pages tuntutan-tuntutan supaya kerajaan khususnya SPR bertanggungjawab serta menunaikan tuntutan Bersih. Bahkan, katanya, ada tuntutan supaya Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri meletakkan jawatan kerana melayani peserta Bersih dengan layanan yang "cukup istimewa" sehingga ada yang cedera bahkan ada yang meninggal dunia. Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS Kelantan akan terus memastikan anak-anak muda memainkan peranan sewajarnya dalam terus menggerakkan momentum ini samada dengan memberi penjelasan dan penerangan ke seluruh negeri bahawa tuntutan ini adalah murni dan suci bersih bagi menyelamatkan negara yang tercinta. Dalam pada itu, mereka juga sekali lagi mendesak agar semua tahanan dibebaskan bahkan segala pendakwaan juga mestilah digugurkan dalam masa yang sama memberi kebebasan kepada semua media untuk mengetengahkan isu-isu yang menjadi hak rakyat bukan seperti apa yang menimpa majalah Economist. |
Isnin, 25 Julai 2011
Perbetulkan cara kendali Bersih 2.0
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan