KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan bahawa perikatan itu menyokong rancangan Bersih 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka di sini, Sabtu ini meskipun tempahan untuk menggunakan premis bersejarah itu masih belum diluluskan.
“Pakatan Rakyat menyokong Bersih mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka meskipun dalam laporan terakhir, perdana menteri khususnya menteri dalam negeri membuat pusingan dengan memberi pelbagai alasan tidak membolehkan stadium digunakan,” kata Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini hari ini.
Mengikut perkembangan setakat awal petang ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan Bersih 2.0 masih kekal sebagai sebuah pertubuhan haram manakala pengurusan Stadium Merdeka pula memberikan pelbagai alasan dalam meluluskan permohonan tempahan lokasi itu.
Kepimpinan Bersih 2.0 yang menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam memutuskan untuk membatalkan perhimpunan jalanan, sebaliknya menerima tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar ia diadakan di dalam stadium.
MENYUSUL LAGI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan