Selasa, 26 Julai 2011

NGO Bantah Perjanjian Pertukaran Suaka

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Kira-kira 10 ahli badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di hadapan Hotel Mandarin Oriental di sini bagi membantah secara aman majlis menandatangani dokumen pertukaran pemohonan suaka antara Malaysia dan Australia hari ini.

Bantahan yang diketuai Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya, itu bermula pada pukul 11.30 pagi dan bersurai setengah jam kemudian.

Mereka membawa sepanduk yang tertera ayat membantah pelaksanaan pertukaran itu sambil melaungkan 'Shame On You, Stop The Deal'.

Perjanjian pertukaran suaka itu ditandatangani di antara MenteriDalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan Australia, Chris Bowen.

Turut hadir dalam bantahan itu adalah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Lawyer of Liberty, Fadiah Nadwa dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Dr Irene Fernandez.

Laporan lanjut menyusul.

Tiada ulasan: