KUALA LUMPUR: Besok 16 Julai adalah Sabtu pertama selepas perhimpunan Bersih 2.0 – yang juga genap seminggu perhimpunan aman 50,000 rakyat Malaysia yang bermandi air asid dan berair mata gas pemedih tanpa sebarang maaf daripada pihak polis mahupun kerajaan Barisan Nasional.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata besok juga adalah ujian pertama kepada ribuan rakyat Malaysia dalam desakan mereka ke arah satu pilihan raya yang bersih dan adil dilaksanakan.
“Pemakaian warna kuning esok akan menyemarakkan lagi hasrat rakyat itu. Walaupun masih ada tangkapan ke atas pemakaian baju logo Bersih atas alasan tidak berdaftar; namun mereka tidak boleh menghalang pemakaian baju, seluar, kopiah, topi atau rambut warna kuning.
"Bahkan sehingga kini, trafik light kuning masih berfungsi dengan baik,” seru Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Kepada seluruh warga yang cintakan sebuah sistem politik yang adil dan bersih, PAS katanya berharap mereka dapat mengenakan pemakaian kuning sepanjang hari besok sebagai tanda sokongan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan