Isnin, 25 Julai 2011

Jabatan Imigresen pantau ejen 6P

Di poster tertulis nama kakitangan dan nombor telefon bimbit untuk memudahkan pekerja asing mendaftarkan nama mereka.



PETALING JAYA: Sudah ada agen yang mendaftar pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen walaupun mereka hanya dibenarkan berbuat demikian mulai 1 ogos depan.

Tinjauan di kawasan Chow Kit di ibu negara mendapati banyak poster dipasang memberitahu mengenai pendaftaran pekerja asing berkenaan.

Di poster tertulis nama kakitangan dan nombor telefon bimbit untuk memudahkan pekerja asing mendaftarkan nama mereka.

Seorang ejen memberitahu, sesiapa sahaja pekerja asing boleh mendaftar dengan membawa dokumen sebelum menetapkan jumlah bayaran.

“Saya kena tengok dokumen dahulu dulu. Bawa semua dokumen baru tahu harga. Kalau tidak ada dokumen harga lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun, seorang agen lain memberitahu bayaran RM400 seorang dikenakan untuk membuat pendaftaran pekerja asing.

Katanya, RM350 diberikan kepada kerajaan dan RM50 untuk urusan syarikat mendaftarkan pekerja asing berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Imigresen akan memantau kemunculan agen yang menjalankan kerja mendaftar pekerja asing lebih awal dari yang dibenarkan.

Perang poster

Perkara ini diberitahu oelh Pegawai Perhubungan Awamnya, Abdul Haidir Mohd Sukor ketika dihubungi hari ini.

“Saya mendapati di Chow Kit macam perang perang poster kerana memasang banyak poster mengenai pendaftaran pekerja asing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan syarikat ketika ini hanya boleh mendaftarkan pekerja yang sah dulu.

Beliau juga berkata, bayaran yang dikenakan ialah RM335 bagi seorang pekerja.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan program 6P ke atas pekerja asing akan bermula 1 Ogos depan.

Program 6P yang meliputi aspek pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran itu bakal menyaksikan golongan itu direkodkan dengan kaedah biometrik.

KDN melantik 250 syarikat untuk melaksanakan kerja-kerja 6P itu.

Tiada ulasan: