Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, seluruh negara yang mengamalkan demokrasi moden mengizinkan rakyatnya meluahkan perasaan kepada kerajaan. Ia bukan sahaja melalui wakil rakyat di parlimen, malah melalui media dan juga demonstrasi aman. "Kerajaan bertanggungjawab melalui polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan jalan raya dan peserta demonstrasi. Ini berlaku di seluruh dunia. "Yang tak benar demonstrasi ini hanya negara komunis sahaja, kalau demonstrasi dia tangkap" katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di sebuah hotel di Ampang, semalam. Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata demikian sebagai membidas tindakan kerajaan yang menyifatkan himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai himpunan haram. Malah lebih teruk dari itu, pihak keselamatan menggunakan kekerasan semasa menangani peserta himpunan itu sehingga ramai yang cedera dan salah seorang darinya meninggal dunia. Sementara itu, mengulas impak himpunan yang disertai lebih 50, 000 rakyat itu, presiden PAS itu berkata ianya telah berjaya menyedarkan seluruh rakyat Malaysia berhubung kepincangan sistem pilihan raya negara. Kejayaan itu jelasnya dapat di lihat dari awal apabila penyertaan begitu besar dalam himpunan itu yang hadir dari seluruh negara biarpun pihak kerajaan menggunakan pelbagai cara bagi menghalang himpunan tersebut daripada berlangsung. "Alhamdulillah, kita dapat respon positif dari masyarakat yang bermaklumat. "Follow up kita diseluruh negara, melalui ceramah-ceramah kita mendapat sambutan yang sangat hebat," katanya. |
Isnin, 18 Julai 2011
Hanya negara komunis tak benar demonstrasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan