Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) menunggu kenyataan Jabatan Peguam Negara (JPN) sepertimana dakwaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien yang menjelaskan semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran himpunan pada 9 Julai yang lalu akan diambil tindakan oleh proses Undang-Undang Negara.
Jika berpandukan kenyataan Datuk Seri Hishammuddin tersebut, adakah Umno juga terlibat di dalam menyertai perhimpunan haram dan mewujudkan satu pertubuhan haram yang menjadi bukti yang akan memastikan semua akan didakwa?
Kami yakin kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam Majlis Penerangan Isu Semasa yang dianjurkan oleh Penerangan Umno mengikhtiraf penubuhan Himpunan Patriot (Patriot) oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia di bawah Ketuanya, Khairy Jamaludin. Pengakuan Datuk Seri Najib tersebut memang mengesahkan bahawa Umno telah mengarah Patriot untuk berhimpun juga pada 9 Julai yang lalu. Ini bermakna siapa yang terlibat dengan Patriot juga perlu didakwa termasuk Datuk Seri Najib serta Khairy.
Jika diambil kira pertemuan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dengan beberapa kumpulan yang merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai yang lalu, ini bermakna Patriot yang di wakili Khairy adakah sebuah pertuhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTsLHiAQu6DK8aklV-Toxl-8172hgl0vzx7IBrcmWsSgCxlMPls1OioFT-IUfr2CscaXY5NppIx0pjkAMcKyCH2m568OEMgreX2sECws57mqiflx9VUPFJmiJGohnr6GTc5bvzTJreUgM/s400/GAMBAR+MAT+BAGLA+Patriot+bersih+2.0.jpgbuhan yang telah bertemu dengan pihak Polis selain Dato’ S. Ambiga (BERSIH) dan Datuk Ibrahim Ali (Perkasa). Ini bermakna bahawa Patriot yang diwujudkan oleh Umno juga akan berdepan dengan tindakan sepertimana penegasan terhadap BERSIH 2.0 oleh Datuk Seri Hishammuddin.
Jika Umno tidak diambil tindakan oleh JPN, kami merafak sembah KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong agar campur tangan berikutan kegagalan pihak yang berwajib bertindak mengikut profesional mereka kerana tunduk atas desakan Umno bagi menyelamatkan diri dan menolak amalan sistem demokrasi yang berpandukan Undang-Undang Negara. Kami yakin Yang DiPertuan Agong mampu menyelamatkan keadaan sepertimana keperihatinan Tuanku yang mengadakan pertemuan dengan BERSIH 2.0 dahulu sebagai satu tindakan yang berlandaskan prinsip demokrasi Raja Berperlembagaan.
RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Khamis, 14 Julai 2011
Apakah Patriot UMNO Juga Akan Didakwa?
SABAH DAILY
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan