SABAH DAILY
Satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM telah dilakukan hari ini terhadap cincin yang bernilai RM74 juta yang didakwa telah dibeli oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.
Laporan tersebut telah difailkan oleh Badrul Hisham Shaharin, Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah NGO pro-Pakatan Rakyat.
Badrul berkata SPRM mempunyai tanggungjawab awam untuk mempastikan rakyat Malaysia teraniaya hasil dari sindrom “Imelda Marcos” Malaysia ini.
Beliau turut mendesak SPRM untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap laporan tersebut, menambah "terdapat banyak bahan bukti".
“Kita tidak mahu perulangan fiasco Filipina dimana Wanita Pertama Imelda menyalahgunakan wang rakyat untuk memenuhi nafsu belanja besarnya,” kata Ketua PKR Bahagian Rembau berkenaan.
Semalam, bologger pro-Pakatan mendakwa cincin yang dikenali sebagai “Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring” telah dihantar kepada Rosmah oleh sebuah syarikat permata yang berpusat di New York, Jacob & Co pada bulan April tahun ini.
Cincin tersebut didakwa melepasi operasi pihak kastam KLIA dan telah dilepaskan olhe Pengurus Operasi Kastam dikenali sebagai A Krishnan.
Cekupan skrin terhadap paparan komputer kastam juga menunjukkan cincin berkenaan tidak dikenakan duti impot ke atasnya. Paparan yang sama juga menunjukkan nilai cincin berkenaan ialah US$24.4 juta (RM74 juta).
Hari ini, seorang lagi blogger menyiarkan foto-foto Rosmah memakai gelang yang rupanya sama dengan yang dikeluarkan oleh Jacob & Co, yang pakar industri mendakwa konon ia boleh mendatangkan nasib yang baik kepada pemakainya.
‘Jangan sapu ke bawah karpet’
Sementara itu, Badrul mencabar Rosmah untuk menafikan secara terbuka tuduhan tersebut. “Dari mana beliau memperolehi wang yang sebegitu banyak? Beliau mesti membersihkan namanya,” tambah Badrul.
Beliau turut mempersoalkan samada suaminya, Najib Tun Razak, “menyalahgunakan” kedudukannya selaku Menteri kewangan untuk mengecualikan cincin berkenaan dari terkena duti impot.
Badrul mendakwa siasatan mendedahkan bahwa Rosmah menggemari barang-barang Jacob & Co seperti emas-permata, bag tangan dan pakaian.
“Rosmah keliahatan menggunakan barangan ini di dalam banyak acara,” dakwanya.
Timbalan Ketua AMK Syed Mikael Rizal Aidid berharap SPRM “tidak menyapu kesemua ini ke bawah karpet”.
Beliau menyatakan SPRM selalu berdalik dan mendiamkan diri terhadap laporan-laporan ke atas kes-kes berprofil tinggi.
Dengan mengambil contoh siasatan Perancis ke atas skandal kapalselam Scorpene, beliau berkata SPRM hanya bergerak untuk menjalankan tanggungjawabnya apabila pihak luar mula menyiasat ke atas kes berkenaan. -ZFMT/Terjemahan bebas: GB
Kebanyakan blog dan forum dah banyak kongsi gambar gambar di atas. kalau tak tengok betul betul memang tak perasan sangat benda benda yang boleh bikin hati mendidih. tapi kalau dah namanya pencacai, taib mahmud sapu berbilion bilion pun depa tetap bersyukur ye dak? kah kah kah!
Di bawah ni gua crop part part penting untuk bagi lagi 'jelas'.
|
Program permata dia dapat RM111 juta kan? |
|
Nama cincin |
Tarikh yang dipaparkan pada gambar di atas bersamaan dengan najib pergi amerika dengan rosmoh april 2011
SEPANG, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat Jumaat malam untuk lawatan kerja ke Washington dan New York bermula 10 hingga 16 April.
Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri kabinet antara kenamaan yang berada di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan