Ahad, 27 Februari 2011

Petanda pilihan raya umum tahun depan?


BERNAMA


Sesi lawatan ke setiap negeri oleh Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, dijangka berakhir September ini.
TEMERLOH — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mula melawat ke semua negeri bermula bulan depan.

“Ini boleh dikirakan sebagai program lawatan ke negeri-negeri, dan bulan Mac ini sebenarnya saya akan mula di Sarawak,” katanya kepada pemberta selepas menghadiri majlis mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di sini hari ini.

Ditanya lawatannya itu petanda akan berlangsung pilihan raya umum pada tahun depan, Najib berkata “Semua (nak) berkait dengan pilihan raya sahaja? Pilihan raya boleh adakan bila-bila masa”.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan sesi lawatan ke setiap negeri bermula Selasa ini (1 Mac), bagi mendekati rakyat yang dijangka berakhir September ini.

Najib berkata: “Memang saya dah janji dalam Perhimpunan Agung (Umno) yang lalu, malah peringkat awal pun saya dah mula dah pergi banyak tempat.”

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The voters should be prepare to vote the most suitable candidate.

Jason berkata...

Would be nice if GE will be held this year. But then again, what's the rush.

Jason berkata...

Those who haven't register yet as a voter should register.

mandau berkata...

tak kira bila pilihanraya umum diadakan, semua pihak perlu bersedia.

zam berkata...

tidak kisahlah bila pilihan raya akan diadakan. yang penting semua pihak perlu memastikan tanggungjawab mereka dilaksanakan dengan baik dan sentiasa bersedia..

Sanih Alias berkata...

Tidak kisah pun bila PRU diadakan yang penting para wakil pemimpin sudah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Janji-janji yang diberikan sebelum PRU 12 dilaksanakan.

nickko berkata...

kalau pun benar itu adalah petanda bahawa PRU akan dilaksanakan tahun depan, apa masalahnya? takutkah pembangkang? kalau takut kenapa perlu takut? berani kerana benar, takut kerana salah...

nickko berkata...

daripada terus tertanya2 tentang tarikh pilihanraya atau terus mengaitkan tindakan Najib dengan pilihanraya, lebih baik beri tumpuan terhadap usaha2 memantapkan parti. kurangkan bercakap dan banyakkan bertindak.

songkilou berkata...

Bila2 masa najib boleh mengumukan tarikh PRU13. Jadi bersedialah kepada mana2 yang akan dicalonkan.

songkilou berkata...

Rakyat boleh lah melihat/menilai mana2 calon yang akan bertanding. Penilaian mestilah menyeluruh.