Jumaat, 18 Februari 2011

PATUNG MAZU Vs PATUNG MA SULU?

FREESABAHKINI.

BARU-BARU ini saya berpeluang melawat tapak Patung Mazu di Kudat yang menjadi kontroversi selama ini kerana kejahilan pemimpin Sabah, terutama Ketua Menteri Sabah tentang agama Islam sekalipun menantunya, Datuk Haji Ariffin Ariff lulusan Universiti Al-Azhar.

Alangkah malunya saya sebagai seorang Islam apabila melihat komponen patung Mazu dijemur di atas tanah seperti nelayan menjemur ikan masin semata-mata kerana Musa Aman tidak membenarkan ianya dipasang dan terus menghina Tuhan penganut Mazu dengan mengulangi tawaran ‘Firaun’ agar lokasinya dipindahkan ke tempat yang lebih jauh daripada Masjid Assyikirin.

Saya malu kerana melihat Tuhan orang lain dihina Musa Aman yang bertuhankan ‘Wang’ tetapi mengaku beragama Islam sehingga memaksa Mufti Negeri Sabah mengeluarkan fatwa kepada penganut agama lain; tidak ubah seperti mengharamkan Kaum Tiong Hua makan khinzir.

Jika di Kelantan yang digelar ‘Serambi Mekah’ mempunyai Patung Buddha yang terbesar, kenapa Musa Aman mengamalkan hukum rimba seperti yang diamalkan arwah bapanya di ‘Pushtun’ yang berserban besar kerana otaknya kecil dengan melarang Patung Mazu didirikan di tapak yang asal?

Tidak pasti apa yang ada dalam kepala Musa Aman yang sudah merasakan dirinya kebal kerana menanti masa untuk menjadi TYT dan diberi gelaran Tun sebagai syarat untuk berundur; melainkan melakukan kekejaman kepada penganut agama lain sehingga mereka memandang serong ajaran dan fahaman agama Musa Pushtun yang mengaku beragama Islam sekalipun berperangai lebih dasyhat daripada Yahudi dan Komunis.

Majoriti pemimpin Islam di Kudat tidak pernah membantah melainkan Haji Harun yang dijanjikan jawatan Ketua Daerah yang menjadi dalang mencipta plot palsu bantahan umat Islam tetapi berperangai lebih ganas daripada Musa Aman kerana mempunyai Skandal dengan isteri orang.

Saya juga berkesempatan melawat Pantai Bak Bak yang diluluskan sebagai Tapak Mazu yang akan dibina oleh Kumpulan Sari Tan dan ‘penjilat pant*t’ Musa Aman, Datuk Albert Lim sebagai mempersendakan Tuhan penganut Mazu kerana mengadap Laut Sulu dan bukannya Mazu yang dibina Tan Sri Chong Kah Kiat yang membelakangi laut Sulu sebaliknya menghadap Laut China Selatan.

Sehubungan itu, sukacita saya menamakan Patung yang akan didirikan Chong Kah Kiat sebagai ‘Mazu’, manakala Patung yang akan didirikan kroni Musa Aman sebagai ‘Ma Sulu’ kerana menghadap Laut Sulu!

25 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Kerajaan Sabah sudah memberikan tanah untuk membina Patung Mazu ini. Chong Kah Kiat sendiri yang menolaknya.

mandau berkata...

isu Patung Mazu ini tk seharusnya timbul lagi kerana tempat baru untuknya telah diberikan. lagipun kawasan tersebut lebih sesuai.

elia berkata...

Kenapa hendak timbulkan lagi isu ini?Siapa yang mengendalikan patung Mazu itu? Kenapa tidak simpan ditempat yang terlindung. Sepatutnya mereka bertanggungjawab atas patung itu dan bukannya KEtua Menteri Sabah. Tuhan mereka, mereka harus jaga.

elia berkata...

Jangan ungkit perkara yang sudah selesai. Kita kena maju kehadapan. Tinggalkan yang sudah selesai dan melangkah ke masalah2 yang belum selesai.

mandau berkata...

pembinaan patung tersebut di Kudat ditolak kerana kawasannya yang tidak sesuai. kerajaan telah menyediakan tempat yang lebih sesuai.

Tanpa Nama berkata...

isu ini tidak patut ditimbulkan lagi. lokasi yang lebih sesuai telah pun dicadangkan.

Jason berkata...

Isu Patung Mazu ini sepatutnya dah diselesaikan tetapi Chong Kah Kiat yang menolak cadangan kerajaan untuk pindah ke lokasi lain.

Jason berkata...

Apapun saya harap isu ini diselesaikan dengan cara yg baik.

mike berkata...

isu ini ditimbulkan semula mungkin untuk mendapat perhatian dan popular..

mike berkata...

isu ini sudah diberikan jalan penyelesaian oleh kerajaan negeri namun ditolak oleh CKK.

mike berkata...

isu ini tidak harus ditimbulkan semula..

mike berkata...

mana2 pihak harus hentikan speklulasi dan mempolitikkan isu ini.

Paquin berkata...

Aiks timbul balik pula isu ni. Atau saya yang lama tak online:P hehhe

Paquin berkata...

Saya yakin semua pihak pun berharap agar isu ni diselesaikan dengan car abaik, jadi tak perlu lah marah2.

Paquin berkata...

Candangan tapak telah diberi tapi asyik ditolak, jadi mcm mana hal ni mahu selesai. huhu

Paquin berkata...

Jangan sampai perkara ini merosakkan keharmonian di Sabah. Semua pihak harus berusaha meneutralkan keadaan ini dan bukan sebaliknya.

Paquin berkata...

Apapun, sama2 lah kita berharap agar hal ni dapat diselesaikan secepat mungkin.

Hosie Masie berkata...

Setahu saya, kerajaan negeri telah pun meluluskan projek itu, tapi di bina dikawasan tapak yang telah disediakan. Tapi kerana bantahan dari parti lain menyebabkan perkara ini terbangkalai. Maka ini bukan masalah kerajaan negeri tapi masalah berlaku disebabkan orang lain.

Unknown berkata...

Perkara ini cuma dijadikan isu oleh pihak yang lain untuk kepentingan diri sendiri. Kerana ingin menawan hati penduduk tempat berkenaan maka dengan cara inilah mereka lakukan.

Hamdan Hadillah berkata...

Penulis artikel ini malu sebagai orang islam yang tidak bersalah??Mungkin ada sebab lain kenapa perkara ini diletakkan ditempat lain. Untuk perlancongan pun berguna jugakan. In dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk tersebut. Jika diletakkan tempat yang sama, maka perlacongan hanya tertumpu kawasan berkenaan. Tapi cuba dibagikan tempat-tempat, maka kawasan yang lain pun akan turut menjadi tumpuan perlancongan. Maka kita tidak boleh berfikiran negatif terlebih dahulu sebelum memikirkan yang positif. Jika kawasan itu mundur sebelum itu, tapi jika mazu dibina dikawasan tersebut maka bukankah kawasan itu akan membangun, dan penduduk pun boleh mencari pendapat dari pelancong yang datang.

nickko berkata...

Kes pembinaan tiga patung Buddha di Kelantan tidak terpakai di Kudat kerana di Kelantan ia dibina di kawasan majoriti masyarakat Siam serta tidak mengundang bantahan penganut agama lain. berlainan dengan kesnya di Kudat dimana wujud bantahan bukan sahaja oleh penduduk sekitar malah turut dipanjangkan ke laman sosial. pembangkang sahaja yang cuba menafikan kewujudan bantahan rakyat ini semata2 untuk kepentingan politik dan kepentingan pihak yang bersungguh2 mempertahankan pembinaan patung ini.

nickko berkata...

bagi saya pihak yang mempertahankan pembinaan patung itu sebenarnya mempunyai kepentingan dari segi impak keuntungan hasil dari pembinaannya. sebab itu mereka bersungguh2 mempertahankannya sehingga sanggup menafikan bantahan penduduk.

nickko berkata...

saya menyokong penuh keprihatinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang menyatakan bahawa sebarang keputusan berhubung isu patung Mazu ini dibuat demi kepentingan semua masyarakat dan juga untuk mengekalkan keharmonian sedia wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Kudat.

onong berkata...

Apa pula kaitan kes ni?

Tanpa Nama berkata...

Semuanya politik ni.. ahama pun di campur adukkan.. Mengapa Islam di Sabah disamakan dengan Islam Malaya yang tidak bersefahaman? Ini merupakan diskriminasi terhadap perjanjian yang dimeteri semasa penubuhan Malaysia. Sabahan, Please lah... Terima semua agama seadanya.. Tidak ada yang pasti di dunia ini... Amalkan keyakinan sendiri tanpa berselisih. Kembangkan agama anda kepada mereka yang sudi menerima. Bukan paksaan. Patung MAZU seharusnya didirikan pada tapak asalnya. Lainlah kalau Kerajaan Sabah yang mengeluarkan kos pembelian sehingga ke siapnya patung ini...