Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun peringkat pusat telah mencadangkan Pajuddin untuk mengetuai parti itu di Sabah, namun suara 18 cabang pihak yang tidak bersetuju harus diambil kira.
Namun belum pun sempat mengadakan perbincangan bersama Pajuddin, beliau yang mungkin rasa terpukul dengan bantahan dalaman terhadapnya, bertindak mengumumkan keluar parti.
" Kita hargai khidmat Pajuddin walapun beliau bukan ketua cabang tetapi kita fikir dia mungkin boleh membantu tetapi mungkin dia anggap ini satu tamparan kepada dia, jadi sebelum Azizah sampai pagi tadi, dia lompat dulu lah. Tapi i'm not giving excuses, it's not something we welcome but the fact must be clear," kata Anwar di sini hari ini.
Pajuddin semalam difahamkan telah mengemukakan surat perletakan jawatannya melalui faks, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), dan e-mel ke pejabat PKR pusat.
Perlantikan Pajuddin sebagai ketua PKR Sabah tidak mendapat restu daripada cabang-cabang di Sabah kerana beranggapan beliau tidak berkelayakan untuk memegang jawatan terbabit.
Lantaran itu 18 ketua mengemukakan cadangan supaya jawatan itu disandang sementara oleh Presiden PKR, Datuk Seri Azizah Ismail.
" Kehadiran Azizah di Sabah untuk menemui semua pimpinan cabang di Sabah kerana Presiden telah mencadangkan Pajuddin sebagai ketua di Sabah bulan lalu tetapi apabila cadangan itu dikemukakan, 3/4 daripada cabang membantah. Mereka merayu kepada Presiden untuk menimbang semula kerana bagi mereka Pajudin itu tidak cukup wibawa," katanya.
Sebelum ini perlantikan Pajuddin sebagai ketua PKR Sabah pada 10 Januari lalu, merupakan satu kejutan kerana ini pertama kalinya pemimpin bagi negeri Sabah dilantik dari bukan kalangan ketua-ketua cabang dalam parti itu. Pajuddin merupakan naib ketua cabang PKR Tuaran.
20 ulasan:
jika Pajudin tidak cukup wibawa mengapa PKR pusat melantik beliau untuk menerajui PKR Sabah???
PKR Sabah seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana asyik berdepan dengan masalah.
Pajudin keluar dari PKR kerana hilang keyakinan dgn kepimpinan PKR yang kucar kacir.
PKR harus sedar dgn kelemahan mereka. jgn hnya tau salahkan pihak lain.
lebih baik PKR tumpukan pada masalah mereka tu. masalah mereka yng menyebabkan pajuddin keluar parti.
Itu sudah pilihan beliau dan Anuar kena hormati keputusan itu.
Itulah PKR bila ada saja yang keluar dari parti, bukannya mencari dimana silapnya mereka. Sibuk sahaja menyalahkan orang lain.
Terbuukti BN mempunyai pengaruh yang lebih kuat!
bagaimana pula dengan karim ghani yang lompat masuk PKR? mengapa tidak cakap beliau tidka cukup wibawa?
bila seseorang itu memihak kepada PKR, orang itu dipuji dan disanjung oleh PKR..apabila seseorang itu keluar parti, orang itu dihina pula sedangkan selama dalam parti, orang itu turut memberikan sumbangan..inilah sikap PKR.
seharusnya PKR menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Pajudin dan merelakannya..bukannya menghina, mengutuk dan sebagainya..
kini PKR baru hendak bertindak setelah sokongan dan pengaruh mereka di sabah goyang..mungkin sudah terlambat bagi PKR..adalah lebih baik jika PKR hanya fokus untuk mengekalkan kedudukan mereka di negeri di bawah pemerintahan mereka.
apa pun, ianya isu dalaman PKR..PKR harus menyelesaikannya jika ingin terus bertapak di sabah atau menjadi sejarah.
Tak payahlah membuat penjelasan lagi.
bukan Pajudin yang tidak cukup wibawa, tetapi pihak yang mencadangkan atau melantik Pajudin itu lah yang sebenarnya tidak cukup wibawa. bagaimana pelantikkan itu dibuat dengan membelakangkan suara 25 ketua cabang? atau memang benar PKR ini mengamalkan sistem semberono atau hentam kromo dalam membuat keputusan..
fenomena lompat parti ini tidak akan memberi kesan kepada pemimpin tersebut, sebaliknya parti yang ditinggalkan itulah yang sebenarnya akan menerima impak dan kesan buruknya. seolah2 ada sesuatu yang tidak kena dalam kepimpinan parti tersebut.
Bukan,dia ingin menunjukkan bahawa dia s'orang yang pentingkan janji.
I don't think so. How about those who did nothing but stay in the party?
Adakah begitu?Itu hanya andaian semata2.
If I were Pajudin, I will proud to leave the party.
Catat Ulasan