Harakahdaily |
KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan bersetuju membiayai penghantaran pulang semua 1,006 penuntut anak negeri itu di Mesir untuk meneruskan pengajian mereka berikutan pergolakan di negara itu yang kembali pulih. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco di Kuala Lumpur, malam tadi, yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Mereka yang terbabit terdiri daripada pelajar di bawah tajaan sama ada berbentuk biasiswa atau pinjaman dari Kerajaan Persekutuan atau negeri," katanya seperti dilapor Bernama. Beliau berkata mesyuarat Exco itu diadakan di Kuala Lumpur berikutan berlangsungnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja di ibu negara. |
Jumaat, 25 Februari 2011
Kelantan biaya semua pelajarnya balik ke Mesir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan