Joseph Sipalan |
Semasa menjadi timbalan perdana menteri ketika pentadbiran Tun Dr Mahthir Mohamad, Anwar dilihat sebagai dalang yang menumbangkan kerajaan negeri pembangkang pimpinan PBS pada 1994.
Meskipun memenangi pilihan raya negeri Sabah buat kali ketiga berturut-turut, walaupun dengan majoriti mudah, kerajaan PBS terus tumbang apabila pemimpin dan ADUNnya berpaling tadah ke BN.
"Rakyat mempunyai perasan berbelah-bahagi terhadap Anwar tetapi jika PKR boleh mengemukakan calon berwibawa, saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu,” kata Chin ketika dihubungi hari ini.
"Hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh Sabah,” kata Anwar yang dipetik The Borneo Post hari ini.
Pemimpin nasional dan negeri Pakatan daripada ketiga-tiga parti - PKR, PAS dan DAP - menghadiri majlis itu tetapi parti bebas SAPP tidak hadir.
Menurut Chin yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Monash, ketidak-hadiran SAPP tidak memberi kesan asalkan semua mereka sepakat untuk bertanding satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya akan datang.
Bagaimanapun perkara itu kurang berkesan di Sarawak kerana ketua menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya mengurangkan campur tangan persekutuan di negeri itu pada tahap minimum.
"Terdapat lebih banyak campur tangan persekutuan di Sabah kerana kerajaan pembangkang,” katanya yang merujuk kepada PBS.
17 ulasan:
Kita pernah dengar terlalu banyak janji-janji bulan dan bintang bila dekat PRU. Sekarang, kita tidak akan menghiraukan apa-apa janji daripada mana-mana pihak. Tunjukkan prestasi masing-masing dan rakyat akan mengundi berdasarkan kebolehan calon.
Para rakyat dan penduduk sabah dan sarawak. Tidak perlulah mendengar dengan janji-janji mereka. PRU13 akan datang, sekiranya memilih PR maka merana dan mederitalah kita selama 5tahun menunggu PRU14 yang seterusnya. Janganlah mudah percaya dengan janji untuk kemenangan PRU13 saja. Itu cuma jani main-main.
untuk mendapat sokongan janji-janji manis diberikan. rakyat kenalah bijak menilai dan jangan mudah percaya dengan janji-janji yang ditaburkan.
dalam pilihanraya, mmg pelbagai janji2 manis akan ditaburkan, rkyat jgnlah mudah terpedaya, kena bijak dalam menilainya, sebaiknya pilihlah pemimoin yang benar2 baik.
janji seperti ini benarkah boleh dipercayai, jgn hnya jnji untuk dptkan sokongan sahaja.
Autonomi? Sungguhkah itu atau hanya kata-kata. Autonomi sekiranya PR kuasai Putrajaya. Saya rasa tidak akan jadi kenyataan sekiranya PR menang, Sabah tetap akan dikawal dan dijaga oleh Kerajaan Persekutuan. Janganlah percaya dengan PR yang hanya mahukan kemenangan untuk tujuan yang lain.
janji yang dibuat oleh PR ini mampu mempengaruhi minda rakyat kerana kuasa autonomi sangat diperlukan oleh rakyat Sabah. tapi seperti yang dikatakan oleh Penganalis politik James Chin, faktor calon adalah penentu kepada kemenangan PR. mungkin benar seperti yang dikatakan oleh James kerana janji adalah perkara biasa yang sering diungkapkan oleh ahli politik, tapi faktor pemimpin yang berwibawa sukar dicari.
bagi saya pemimpin2 yang ada dalam PR kurang kewibawaannya kerana ramai dikalangan mereka adalah terdiri daripada ahli lompat. malah PAS dan DAP tidak menonjol di Sabah, PKR pula hanya aktif di daerah Tenom. penglibatan secara langsung mereka dari segi ekonomi, sosial juga kurang melainkan menggunakan kedua2 isu itu untuk kepentingan parti.
memang mudah untuk menjanjikan sesuatu, tapi belum tentu apa yang dijanjikan akan dilaksanakan.
apa2 pun selamat bersaing dan jangan gunakan taktik kotor baik dipihak BN mahupun PR..
rakyat sabah tidak percaya kepada anwar...disebabkan anwar lah PBS kalah pada tahun 1994 dan kerana dia jugalah sabah dibanjiri oleh pendatang asing..
mustahil PR akan memberikan kuasa autonomi sepenuhnya kepada kerajaan negeri jika pembangkang membentuk kerajaan pusat..
sabah makin membangun di bawah kerajaan BN...
andaian saya tentang kenapa Pakatan mengatakan autonomi di Sabah jika dapat kuasai Putrajaya ialah;
1. mereka akui akan kehebatan pengundi rakyat Sabah yang ramai pada BN
2. mereka sebenar cemburu dengan Sabah sebagai 'fixed deposit' BN
undi rakyat adalah adil, bijak dan telus. akuilah betapa ramainya undi yang dipegang oleh rakyat Sabah terhadap BN
usaha tangga kejayaan!
Biasalah....politik memang macam ini.
Mula-mula sahaja semangat berkobar-kobar tapi nanti lama kelamahan entah apa jadinya...kita tunggu sajalah PRU-13 ini.
Catat Ulasan