Rabu, 29 September 2010

Datuk John Daukom Polos, Meninggal Dunia

KENINGAU KINI

MENDIANG bersama hadiah yang diperoleh ketika aktif di bidang sukan.

BEKAS pelari skuad Olimpik negara dari Sabah, Datuk John Daukom Polos, 73, meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di rumahnya di Kampung Binaong, Keningau, kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Adiknya, Edward Polos, 58, berkata mendiang menghembuskan nafas terakhir di hadapan dua daripada lima anaknya iaitu Lucy dan Dolores. Tiga lagi ialah Francis, Emah dan Petronela.

Anak sulung enam beradik dari suku Murut, mendiang mewakili negara ke Sukan Olimpik 1964 di Tokyo bagi acara 100 meter dan 4x100 meter bersama Datuk M Jegathesan, Mazlan Hamzah dan C Kunalan.

Edward berkata, minat abangnya untuk menjadi pelari bermula daripada rutin harian apabila berlari pergi dan pulang sekolah sejauh lapan kilometer setiap hari berikutan jarak rumah yang jauh.

“Dia juga minat acara olahraga dan berkat usahanya, abang saya melakar nama sebagai wakil negara ke Sukan Olimpik di Tokyo. Itu adalah pencapaian yang dibanggakannya,” katanya.

Tiada ulasan: