Rabu, 29 September 2010

Boon Chye : Segala-galanya terserah kepada Mustaffa

FREE MALAYSIA TODAY

leeboonchye PETALING JAYA: Kekalahan Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub pada pemilihan untuk jawatan ketua cabang Pasir Salak Sabtu lalu, tidak menggugat kedudukannya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak (MPN) mahupun sebagai calon Timbalan Presiden.

Menurut seorang lagi naib presiden yang juga ketua cabang Gopeng Dr Lee Boon Chye, segala keputusan ditangan terletak ditangan Mustaffa sama ada mahu meneruskan hasratnya ataupun tidak.

Lee yang juga timbalan MPN berkata, setakat ini kepimpinan negeri mempunyai keyakinan terhadap Mustafa untuk terus menerajui parti itu di peringkat negeri.

“Justeru, kekalahan Mustafa yang juga naib presiden PKR kepada Osman Abdul Rahman bagi merebut jawatan ketua Cabang Pasir Salak Sabtu lalu bukanlah satu isu besar yang merencatkan masa depan politiknya.

“Namun, segala-galanya terpulang di tangan Mustafa untuk mengambil langkah seterusnya,” katanya yang juga ahli parlimen Gopeng.

Boon Chye menyatakan perkara itu sebagai mengulas kekalahan mengejut Mustafa di cabang Pasir Salak Sabtu lalu.

Pada 25 September lalu, Mustaffa tewas kepada bekas pengerusi MPN Perak Osman dengan perbezaan 17 undi.

Osman berjaya memungut 111 undi manakala Mustaffa 99 undi.

Kata Boon Chye, beliau percaya persepsi ahli berbeza dan menyifatkan kekalahan itu sebahagian proses politik.

“Saya yakin dan percaya perwakilan PKR mempunyai persepsi berbeza terhadap Mustafa dan kekalahan itu adalah sebahagian dari proses politik,” katanya.

Tiada ulasan: