Susan Loone |
Kumpulan itu mahu 393 perwakilan negeri membuang undi tidak percaya pada mesyuarat itu yang dijadualkan pada 10 Oktober ke atas Teng sebagai ketua Gerakan di Pulau Pinang.
Menurut perlembagaan parti satu per empat daripada perwakilan negeri atau sekurang-kurang 50 perlu bersetuju sebelum EGM dapat diadakan.
Menurut sumber yang tidak mahu dikenali, dua ahli mengemukakan petisyen untuk EGM itu dan sidang akhbar yang dijadualkan petang ini telah dibatalkan.
Ditanya mengapa tandatangani yang dikemukakan itu diserahkan tanpa banyak publisiti, ahli itu berkata kerana ia adalah masalah dalaman parti.
“Kami mahu menanganinya dengan tenang, berprofil rendah tetapi berkesan,” katanya.
“Saya berharap ahli tidak membuat serangan peribadi atau mengheret elemen lain pada EGM ini,” katanya.
Ahli itu berkata kumpulannya tidak akan berganjak atau menarik balik petisyen supaya EGM tidak diadakan sambil menambah: “ anak panah sudah di busar. Kita hanya boleh melepaskannya dan tidak menarik balik”.
Tambahnya sukar bagi meminta 60 ahli tersebut mengubah keputusan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan