Khamis, 30 September 2010

Branson turut kecam konspirasi terhadap Anwar

FREE MALAYSIA TODAY

wan-azizah[1] PETALING JAYA: Usahawan terkemuka Britain, Sir Richard Branson menyuarakan pandangan ikhlas beliau dengan mengecam konspirasi dan fitnah ke atas Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pengasas Kumpulan Virgin itu menyatakan isu yang menimpa Anwar telah merosak imej Malaysia dengan teruk di luar negara.

"Kenyataan Branson, dalam majlis khas di Kuala Lumpur kelmarin, tuntasnya senada dengan kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh besar dunia," kata beliau dalam satu kenyataan media semalam.

Sebelum ini, Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Taha Jabir Al-alwani, Maulana Ihsan Hendriks dan lain-lain tokoh mengecam perbicaraan berat sebelah kes konspirasi kedua ke atas Anwar.

Wan Azizah berkata, penekanan Branson mengenai keperluan Malaysia menjadi lebih terbuka wajar dipandang serius oleh pemerintah.

"Tatkala imej negara sekian lama dicemar dengan ketidakadilan, senario ini, jika dibiar berterusan, pastinya mengesani persepsi masyarakat dunia ke atas imej Malaysia.

"Justeru KEADILAN mengalu-alukan kenyataan Branson itu dan diharap menjadi indikator jelas buat Umno-Barisan Nasional untuk melaksanakan reformasi sistem," tegas beliau.

Beliau menegaskan, KEADILAN konsisten mempertahan prinsip kedaulatan undang-undang melalui sistem kehakiman yang telus dan saksama.

"Yang kekal dikecam ialah penyalahgunaan proses mahkamah dan memperalatkan jentera dan instrumen kerajaan untuk memfitnah sewenangnya," katanya.

Tiada ulasan: