BERNAMA
PUTRAJAYA: Kabinet hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, untuk menyiasat berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman oleh pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN), dua hari lalu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata jemaah menteri melahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan Timbalan Pengarah BTN, Hamim Husin, semasa sesi tertutup dengan Puteri UMNO.
"Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online, mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.
"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hamim dilaporkan sebuah portal berita sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka. -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan