BERNAMA | ||
|
Menurut beliau, terpulang kepada SPR untuk membuat keputusan mengenai perkara tersebut berdasarkan keadaan kewangannya.
"Sama ada SPR beranggapan untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan lebih baik atau tidak sesuai dengan keadaan kewangannya, terpulang kepada mereka.
"Bukan kita (kerajaan) yang tentukan perkara ini secara mutlak. Soal berkaitan pilihan raya terserah kepada SPR," katanya pada sidang media selepas bersarapan dengan wartawan Malaysia di Seoul, yang mengikuti lawatan rasmi beliau ke Korea Selatan bermula semalam hingga Khamis ini.
Mengulas laporan kenyataan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, selaku pengarah pilihan raya PKR bahawa parti pembangkang itu tidak akan bertanding jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.
Muhyiddin berkata, walaupun kerajaan boleh membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum, namun SPR, sebagai sebuah badan yang bebas, mempunyai kuasa untuk menetapkan hari pengundian.
Katanya, sekiranya negeri-negeri pakatan pembangkang berpendapat pilihan raya berasingan perlu dilakukan, jika ia diadakan dalam tempoh terdekat ini, itu adalah pandangan mereka.
"Jika negeri-negeri berkenaan enggan mengadakan pilihan raya secara serentak di seluruh negara berikutan masalah dalaman yang melanda parti-parti pembangkang, itu adalah masalah mereka.
"Bagi Barisan Nasional (BN), kita mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam menghadapi pilihan raya dan faham mengenai perjalanannya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan