Khamis, 29 Julai 2010

PAS saran Jakim perkenal logo 'haram'

MALAYSIA KINI


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran memperkenalkan logo haram di samping mesti berani untuk mengisytiharkan produk-produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan umat Islam.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassanKetua dewan pemuda PAS, Nasrudin Hassan at-Tantawi mendesak kerajaan berbuat demikian setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal.

“Saya mengira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo haram (gambar bawah) untuk menjauhkan masyarakat umat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nasrudin Hassan, lambakan barangan atau produk haram bagi umat Islam kini semakin bertambah dan membimbangkan umat Islam.

Katanya, lebih malang lagi terdapat produk yang menggunakan logo halal secara palsu.

Selain tindakan tegas dan penguatkuasaan secara serius oleh pihak kerajaan dan berkuasa agama, Hassan mahu mereka memperkenalkan logo haram.

NONE“Sebelum ini, telah banyak kali kita dengar pihak tertentu memalsukan logo halal untuk melariskan jualan mereka, justeru mereka melihat logo halal boleh menarik orang untuk membeli barangan mereka biarpun tidak menepati piawaian barangan halal, sementara pihak Jakim tidak mempunyai skuad yang mencukupi untuk membuat pemantauan yang serius,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya Jakim mengisytiharkan produk-produk tertentu yang tidak menepati piawaian halal sebagai produk tidak halal atau haram dan mewajibkan mereka menampal logo haram, peluang untuk lambakan barangan haram di pasaran akan menjadi lebih kecil.

Dengan cara itu, kata Nasrudin Hassan tiada umat Islam yang akan membeli barangan yang dilekatkan logo haram jika mereka benar-benar mahu mencari produk halal di pasaran.

Inhalal food convention woman buying inspecting food 121206i kerana, tambahnya sebahagian besar pengguna tidak mampu untuk mengenali dan mengetahui kod-kod barangan yang haram seperti produk yang mempunyai gelatin dan sebagainya termasuk produk yang diimport dari Israel.

Justeru, katanya kod-kod barangan yang mengandungi bahan-bahan haram hendaklah diganti dengan logo haram.

“Jika logo haram dapat dikuatkuasa, maka mudahlah bagi Jakim yang selalu menyatakan bahawa mereka mengalami kekurangan tenaga untuk memantau, justeru produk haram ini tidaklah sebanyak produk halal di pasaran,” ujarnya.

Beliausellers meat 090805 chicken seller berkata risiko pemalsuan logo haram juga mungkin lebih kecil berbanding pemalsuan logo halal, lantaran logo halal menarik perhatian pengguna sementara logo haram tentunya menjauhkan pengguna.

Kaedah Islam, jelasnya asal sesuatu perkara (produk) ialah halal kecuali telah datang nas yang jelas mengharamkannya atau produk itu bercampur dengan bahan dan unsur haram.

“Ertinya yang haram ini jumlahnya jauh lebih kecil dari jumlah produk yang halal. Sepatutnya yang haram itulah diletakkan logonya iaitu logo haram bukan logo halal,” katanya.

Tiada ulasan: