Jumaat, 30 Julai 2010

Adun Galas dimasukakn di ICU akibat kanser

BERNAMA

KOTA BARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas dari PAS, Che Hashim Sulaima kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital di sini akibat penyakit barah ususnya yang dihidapi sejak kira-kira setahun lalu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Nasuruddin Daud mengesahkan mengenai keadaan Hashim itu yang sedang dirawat di ICU Hospital Pakar Perdana di sini.

“Dia sudah masuk hospital sejak dua tiga hari lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Che Hashim pernah menjalankan rawatan susulan untuk barah ususnya di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 2009.

Wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan sebelum beliau pergi ke China, selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Che Hashim berjaya merampas kerusi DUN Galas dari Barisan Nasonal (BN) dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum lepas, apabila beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman.

Tiada ulasan: